
BMW iX xDRIVE40 SPORT, SUV ELEKTRIK MEWAH DARI JERMAN
Kalau anda menonton video sesi pandu uji kami berkenaan iX xDrive40 semalam, ada beberapa komen yang memaklumkan bahawa iX ini sebenarnya sebuah pacuan semua roda. Mungkin kami tak sebut pacuan semua roda dalam video, tapi kami ada memaklumkan bahawa terdapat 2 motor elektrik yang dipasang
Pada pandangan penulis, nama BMW iX xDrive40 ini sebenarnya direka dengan cukup senang bagi memudahkan semua peminat dan pengguna BMW menerangkan dengan mudah, apakah kenderaan yang sedang dipandu ini hanya dengan membaca kod model tertera
Huruf “i” membawa maksud elektrik, “X” memberi maklumat berkenaan rekaan cesi iaitu sebuah Sport Utiliy Vehicle atau crossover, “xDrive” memberi maksud bahawa ia adalah pacuan semua roda dengan setiap gandar dipasang dengan satu motor elektrik dan “40” memberi bayangan bahawa kuasa yang dihasilkan adalah kurang daripada 400 kuasa kuda
Dalam model iX ini, gabungan 2 motor elektrik menjana sekitar 326 kuasa kuda dan juga 630Nm tork. Kuasa ini sudah cukup bagi membolehkan SUV seberat 2440kg ini memecut dengan pantas dari 0-100km/jam dalam masa 6.1 saat. Halaju maksimum pula dihadkan kepada 200km/jam.

Sebahagian besar berat iX ini disumbangkan oleh bateri ion lithium sebesar 76.6kWh. Sebagai perbandingan satu pek bateri yang digunakan untuk mengecas telefon pintar anda atau disebut sebagai Powerbank dengan 10,000 mAh dan output 2 volt memiliki sekitar 0.02kWh sahaja.
Jadi, hentikanlah buat lawak tak cerdik dengan membandingkan Powerbank anda dan bateri yang dipasang pada sebuah kereta elektrik. Nampak sangat tak cerdik. Untuk satu pengecasan penuh, bateri ini membenarkan iX dipandu sejauh 440km mengikut standard WLTP (Worldwide Harmonised Light Vehicles Test Procedure)
Tapi mengikut ujikaji yang dijalankan oleh penulis, jarak sebenar dengan pemanduan pada halaju tetap lebuhraya membolehkan iX dipandu sejauh 400km tanpa masalah. Katakanlah anda ingin bercuti ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur, iX boleh melakukannya dengan hanya sekali caj sahaja.
Tapi untuk mengurangkan kerisauan anda, anda boleh singgah sebentar ke BMW Tian Siang Ipoh bagi mengecaj semula iX dengan menggunakan DC Charging dalam masa kurang daripada sejam. Dalam 60 minit ini anda boleh berhenti rehat, makan dan juga solat. Sama sahaja dengan tempoh rehat anda di R&R Plus

Pengalaman penulis menggunakan DC Fast Charging menyaksikan bateri dipenuhkan dari 60% ke 100% dalam masa sekitar kurang daripada 20 minit. Malah sebelum ia dicaj, sistem akan menyejukkan bateri kepada suhu optima bagi menjamin proses mengecaj berjalan lancar dan memanjangkan hayat bateri.
Malah sistem pengurusan bateri yang ada pada BMW cukup canggih dengan beberapa ciri yang pintar. Jika anda menngecaj di rumah, iX akan menyejukkan kereta dengan menggunakan kuasa elektrik daripada rumah anda. Ini termasuklah menyejuk atau memanaskan bateri kepada suhu yang optima untuk beroperasi dengan menggunakan heat pump
iX juga boleh dicaj dengan menggunakan wallbox atau menggunakan pengecaj BMW Charging Type 2 Wallbox dengan kapasiti 11kWh. Disebabkan ia menerima caj dari rumah dengan menggnakan arus ulang alik, maka masa pengecasan ialah 7 jam 15 minit
Jika anda menggunakan DC Fast Charging 150kW, pengecasan dari 10-80% boleh dibuat dalam masa 30 minit sahaja. Bagi penulis, range anxiety adalah masalah yang boleh diatasi dengan BMW iX. Masalah utama sekarang ialah tak semua pusat pengecasan berfungsi dengan baik.

Anda perlu memastikan fasiliti pengecasan boleh berfungsi dengan baik sewaktu anda sampai ke sana. Dari segi saiz, BMW iX datang dengan panjang 4953mm, lebar 1967mm dan tinggi sekitar 1695mm. Malah jarak antara roda juga besar, sekitar 3000mm iaitu lebih panjang daripada Toyota Innova
Kelebihan utama yang ada pada BMW iX ialah ia menggunakan platform yang dibangunkan khas bagi kegunaan kereta elektrik iaitu skateboard platform. Bahagian lantai digunakan sepenuhnya untuk menempatkan bateri.
Bagi mengurangkan berat, kerangka ini dihasilkan daripada gabungan aloi aluminium, thermoplastic dan Carbon Fibre Reinforce Plastic yang ringan dan kukuh. Keadaan ini memberikan kebebasan luar biasa kepada jurureka bentuk bagi menghasilkan rekaan luar BMW iX, yang langsung tidak menggunakan falsafah BMW biasa.
Sebaliknya mereka menggunakan falsafah rekaan Shy Technology dari segi rekaan luar, dalam dan juga teknologi. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah

1. rekaan Kidney Grille yang besar di depan, walaupun sebenarnya ia tertutup sepanjang masa di bahagian atas. Rongga kemasukan udara di bahagian bawah akan dibuka dan ditutup secara automatik bagi tujuan penyejukan bateri
2. Semua penderia, kamera, sistem radar dan peralatan elektronik akan disembunyikan di sebalik Kidney Grille. Jeriji depan ini juga datang dengan teknologi self healing, berupaya menyembuhkan sendiri calar calar halus
3. Tombol pintu direka dengan cara pembukaan daripada bahagian dalam serta rekaan flush. Ia disusuli dengan rekaan pintu tanpa bingkai yang kelihatan sporti
4. Lampu depan dan belakang direka secara minimalis, tapi disebabkan ini adalah varian Sport maka ia menerima teknologi Laser Light dan juga adaptif. Lampu belakang juga direka secara minamlistik tapi ia akan bersinar sebaik sahaja mengesan kehadiran kunci

5. Unsur yang paling menonjol mestilah rim aloi bersaiz 22 inci, rasanya ini adalah rim paling besar pernah dipasang pada SUV
6. 18 unit pembesar suara 655kW dari jenama Harman Kardon tidak ditonjolkan tapi disembunyikan selaras dengan Shy Technology. Tapi Cabin Light dipasang dan dinyalakan pada tempat yang stretegik bagi menghasilkan pencahayaan mewah pada waktu malam
7. Ruang dalaman yang luas dibalut dengan kulit berwarna Mocha, menggabungkan suis yang dihasilkan daripada kristal, butang dari jenis rekaan flush dan bumbung kaca panaromic dengan ciri elektrokromatic
8. Pemandu pula menerima Live Cockpit Professional yang sebesar 14.9 inci serta digabungkan dengan skrin tambahan 12.3 inci. Skrin ini akan mengawal semua fungsi utama seperti mode pemanduan, sistem multimedia dan pelbagai ciri lain dengan menggunakan sistem operasi BMW OS8

Selain dari lampu depan dengan teknologi Laser Light dan rim bersaiz 22 inci, BMW menerima kemasan bampar depan dan belakang yang lebih agresif
Bagi menjelaskan bagaimana fil pemanduan kereta kereta elektrik kerana ia agak berbeza berbanding dengan kereta yang menggunakan kereta yang menggunakan enjin pembakaran dalam.
Jika anda menekan pedal rapat ke lantai, semua kuasa bateri akan dihantar ke semua unit motor elektrik bagi menghasilkan 630Nm tork dari 0 RPM. Ini bermakna anda akan mendapat kuasa yang brutal seawal mungkin menolak tubuh anda ke kusyen. Anda dinasihatkan agar berhati hati ketika memulakan perjalanan, risau anda tidak sedar.
Kali pertama penulis menekan pedal, memang terasa takjub dengan pecutan BMW iX ini walaupun beratnya mencecah 2440kg. Tiada sebarang bunyi yang dihasilkan melainkan bunyi motor elektrik yang sedikit nyaring dan halus. Ketika dipandu pada halaju lebuhraya, BMW iX kekal senyap dengan kadar kebisingan adalah sekitar 56dB sahaja disebabkan bunyi tayar

Namun iX kekal sebagai sebuah SUV buatan BMW kerana karekter pemanduannya kekal sporti dan mampu menurut kemahuan anda bila stering dipulas di selekoh tajam. Penggunaan sistem suspensi double wishbone di roda depan dan MultiLink di bahagian belakang menjelaskan ciri sporti ini.
Namun pada masa yang sama ia tidaklah terlalu keras sehingga mengganggu keselesaan anda untuk pemanduan jarak jauh. Ia berupaya menyerap permukaan jalan yang tidak rata dengan cemerlang, walaupun menggunakan rim bersaiz 22 inci dengan balutan tayar siri 40.
Brek regeneratif juga tidak menggelungsur seperti kereta hibrid yang lain bagi menjana kuasa elektrik ketika iX membrek. Ia sama sahaja dengan kenderaan jenama BMW yang lain dan bersifat neutral. Melainkan anda menggunakan mode pemanduan Efficient dengan kadar brek regeneratif diperkuatkan
Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan anda tidak selesa melainkan anda memandu di lebuhraya. Mode pemanduan sport pula berupaya menukar karekter penghasilan tenaga oleh motor elektrik bagi pemanduan bersemangat, tapi awas anda akan kehabisan ion elektrik dengan pantas

Bagi keselesaan penumpang, BMW iX turut dipasang dengan penyaman udara 4 zon, pengecas telefon tanpa wayar, 6 poin USB, 4 corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan juga ciri Welcome Light pada bahagian dalam dan juga tombol pintu di bahagian luar.
Sistem keselamatan BMW iX pula merangkumi Lane Departure Warning, Lane Change Warning, AEB untuk bahagian depan dan belakang, Parking Assiatnace, Kamera 360 darjah yang ternag bederang dan sistem amaran titik buta serta Rear Cross Traffic Alert
Untuk kos pengecasan DC Fast Charging, ia telah diberikan secara percuma oleh BMW Tian Siang Ipoh. Bagi pemilikBMW, kadar pengecasan ialah sekitar RM 1 per minit bagi unit 120kW. Anda boleh mendapatkan kadar pengecasan di SINI.
Tapi untuk pengecasan di rumah kadarnya lebih murah walaupun penulis menggunakan plug 3 pin 2kW. Sekadar anggaran, penulis telah mengecaj sekitar 55% bateri dengan kadar 1% bagi setiap 10 minit. Bil elektrik rumah telah meningkat dengan pertambahan sekitar RM 19.

Jadi secara congakan kasar, satu pengecasan penuh mungkin memerlukan kos sekitar RM 40 dan ujian pemanduan secara malar menunjukkan BMW iX boleh dipandu sejauh 400km bagi satu pengecasan penuh.
Kalau kita congak, RM 40 membolehkan anda membeli 19.512 liter petrol. Secara purata penggunaan bahan api BMW iX ialah 20.5km per liter petrol secara anggaran yang mudah difahami oleh pembaca. Bacaan rasmi BMW ialah 24.5kWh bagi setiap 100km, tapi penulis berjaya mencatatkan bacaan sekitar 18-19 kWh/100km
Bagi penulis ia adalah satu angka yang sangat baik dan bagus bagi sebuah SUV yang beratnya 2440kg dengan bacaan purata sekitar 20.5km/l petrol. Harga permulaan BMW iX ialah RM 361,430 bagi varian biasa dan menjadi RM 407,430 bagi varian Sport sebelum ditambah dengan aksesori yang lain

Ini pendapat peribadi penulis, jika anda perlukan sebuah kereta elektrik maka belilah daripada penjual yang lengkap dengan fasaliti servis dan bantuan teknikal bukannya unit terpakai. Kalau anda mahukan sebuah SUV elektrik mewah, cuba intai BMW iX ini.



