Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA SUMBANG PIKAP TRITON KEPADA NCSM

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, baru-baru ini menyumbang sebuah trak pikap Triton 4×4 kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM). NGO itu ditubuhkan pada 1966 untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan sokongan kepada penghidap kanser.

Triton tersebut akan digunakan oleh NCSM untuk memudahkan pergerakan mereka ke luar bandar, terutama pesakit yang miskin kawasan bandar dan kampung pinggir bandar di sekitar Malaysia.

“Mitsubishi Motors menyokong usaha NCSM dalam melaksanakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan kanser, saringan dan pengesanan awal.

“Selaras dengan visi CSR kami ‘Inspiring Lives Today for a Greater Future’, kami tahu bahawa kejayaan bukan semata-mata diukur dengan kenderaan kami di jalan raya, tetapi juga dengan kehidupan yang kita perkayakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.

Dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan sukarela daripada orang ramai, NCSM menyediakan sokongan secara menyeluruh kepada pesakit dan penjaga dalam memahami dan menangani kanser dalam pelbagai fasa, melalui Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Rumah Harapan Dewasa dan Rumah Harapan Kanak-kanak.

Disokong oleh falsafahnya untuk “Mendidik, Menjaga dan Menyokong”, penubuhan NCSM bertujuan untuk mengurangkan penyakit kanser. Selain meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kanser di Malaysia dengan menyediakan kemudahan canggih dalam pemeriksaan dan diagnosis.

Google ads
Back to top button