
TRAGIK KOMEDI, SKUTER ‘PARKING’ ATAS WAYAR ELEKTRIK
Seorang bapa menyuruh anak perempuannya untuk meletakkan skuter miliknya di tempat yang selamat sebelum bertukar menjadi tragik-komedi.
Berlaku di Jammu, India, sebuah skuter dilihat tersangkut di wayar elektrik dalam keadaan tergantung.
Menerusi rakaman video yang tular di Twitter, ramai netizen mempersoalkan kesahihan kejadian itu kerana ia dianggap mustahil untuk sebuah skuter tergantung di wayar elektrik.

Tidak kurang juga netizen menyatakan pendapat bahawa skuter berkenaan ‘terbang’ ketika angin rebut melanda di kawasan itu pada 18 Jun lalu.
Komen netizen, “ini adalah penjelasan paling tepat untuk parkir di kawasan selamat.”
“Mungkin ia adalah skuter elektrik sedang dicas terus,” komen pengguna lain.
Setakat ini, video berkenaan menerima 108.3 ribu tontonan dan 207 ulang-ciap.