Buletin

BMW sDrive30i M SPORT FACELIFT KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM509K

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW Z4 sDrive30i M Sport facelift ke pasaran tempatan. Sejak dilancarkan pada 2018, BMW Z4 nyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminatnya.

Selepas empat tahun, jentera itu hadir dengan naik taraf untuk tampil lebih relevan. BMW Z4 sDrive30i M Sport didatangkan dengan gril ‘kidney’ serba baharu yang lebih agresif.

Masih mengekalkan geometri kerangka gril ‘kidney’ yang sama, namun strukturnya kini hadir dengan garisan melintang pada komponen bak jejaring yang terletak pada muncungnya. 

Gril ‘kidney’ hitam juga dilengkapkan lagi dengan ruang kemasukan udara pada bahagian sisi dan shadowline M berwarna hitam berkilat. 

Transmisi Steptronic Sport dan brek M Sport ditawarkan sebagai ciri standard dan roadster tersebut menerima suspensi Adaptive M. Satu lagi penambahbaikan ialah set roda aloi ringan M bersaiz 19 inci.

Ruang kabin pula dikemas kini dengan material Aluminium Mesheffect. Kelengkapan seperti paparan pemanduan BMW, bantuan parkir, BMW Live Cockpit Professional, tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan M Sport, serta upholsteri kulit Vernasca dikekalkan. 

BMW Z4 sDrive30i M Sport didatangkan dalam pilihan warna putih, hitam, merah dan warna baharu iaitu kelabu, ungu serta biru. Warna untuk upholsteri dalaman pula ialah kulit Vernasca hitam, putih, merah atau coklat. 

Menerusi pelan pembiayaan dinamik yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW Z4 sDrive30i M Sport  boleh anda miliki dengan bayaran bulanan bermula RM6,023.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pemilik BMW Z4 sDrive30i M Sport juga bakal menikmati pengalaman pemilikan premium yang merangkumi:

  • Waranti tanpa had perbatuan dan servis berkala percuma selama 5 tahun 
  • Bantuan tepi jalan dan talian kemalangan daripada BMW
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ dan kad keistimewaan BMW
  • Servis dalam talian BMW

BMW Z4 sDrive30i M Sport ditawarkan pada harga bermula RM508,800 seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button