Buletin

BMW MERAIKAN HARI MALAYSIA, HIMPUN BMW M TERBESAR DI DALAM NEGARA

Dalam memberikan penghormatan kepada Hari Malaysia ke-59, BMW Group Malaysia serta komuniti pemilik M di Malaysia telah mengadakan perhimpunan serba unik melibatkan lebih 120 kenderaan BMW M pelbagai generasi untuk menyemarakkan cita BMW dalam kalangan komuniti pemilik dan peminat tempatan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun ini, sementara kita meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai sebuah pasukan, kita juga perlu menyuluh semangat perpaduan seperti dipamerkan oleh warga Malaysia selama 59 tahun. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini. Kami berharap Aksara Terunggul di Dunia ini akan terus memberi ilham kepada komuniti BMW M kita di sini.”

Bersempena sambutan Hari Malaysia, BMW Group Malaysia memberikan penghargaan berupa hadiah kepada para pemenang pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model – sebuah peraduan nasional yang dianjurkan pada bulan Mei tahun ini, bersempena dengan 50 Jahre M. Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah diperagakan di perhimpunan Hari Malaysia tersebut untuk tatapan umum.

Antara pemenang pencarian jentera BMW M ialah Han Kim Leng (1981 BMW M535i, E12), Harris Mah Kar Keat  (1988 BMW M3, E30), Lim Shin Tom (1991 BMW M5), Gan Kian Yeh (2006 BMW M6, E63), Tan Kai Che (2015 BMW M4) dan Tee Yee Jiuh (2017 BMW M2).

Hans de Visser menyimpulkan beliau tersentuh dengan sokongan padu yang dicurahkan oleh para pemilik dan peminat BMW M di Malaysia. Beliau juga berterima kasih dengan sokongan tidak berbelah bahagi kepada jenama itu selama ini.

Google ads
Back to top button