
SEONG HOE PREMIUM MOTORS BUKA PUSAT FASILITI PENGECASAN MINI BAHARU DI KOTA SYAHBANDAR
Pengedar paling lama berkhidmat di bawah BMW Group, Seong Hoe Premium Motors, baru-baru ini merasmikan pusat fasiliti pengecasan MINI baharu di Kota Syahbandar.
Fasiliti baharu itu hanya dua kilometer dari perkarangan Jonker Street sekali gus memudahkan pengguna dari dalam atau luar negeri untuk menggunakan infrastruktur kenderaan elektri (EV).
Terletak di ruang masuk utama Bank of China di Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, fasiliti tersebut dilengkapi empat lot parkir terdiri daripada dua unit pengecas DC Stellar40 40kW dan dua unit pengecas AC Nexus 22kW yang dikuasakan oleh ChargeSini.

Untuk harga, caj minimum dikenakan adalah sebanyak RM5 setelah tempahan bagi khidmat pengecasan tersebut disahkan.
Kadar penggunaan bagi unit pengecas DC tersebut ialah RM1.20 per kWj atau RM0.80 per minit, manakala kadar bagi unit pengecas AC pula bermula daripada RM0.07 per minit (3.7kW) hingga ke RM0.40 per minit (22kW).
Fasiliti Pengecasan MINI baharu diperkenalkan oleh Seong Hoe Premium Motors merupakan sebahagian daripada 1,000+ fasiliti pengecasan yang terletak di bawah rangkaian BMW Group Malaysia.
Akses ke atas lebih 400 daripada fasiliti ini disediakan menerusi usaha sama dengan ChargEV, Yinson Greentech, JomCharge, Gentari, Shell Recharge, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U serta FlexiParking.
Untuk rekod, terdapat lebih 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI disediakan di kebanyakan pusat pengedaran bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara.
- BACA: MINI MALAYSIA LANCAR COOPER S COUNTRYMAN & COOPER SE COUNTRYMAN 2021. BERMULA RM244K
- BACA: MINI MALAYSIA TAWAR KADAR FAEDAH 0% UNTUK MINI COUNTRYMAN SE. BERMULA RM2,678 SEBULAN
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: BMW i4 M50, 544HP, JARAK GERAK 510KM, BERMULA RM445K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: BMW iX1 xDRIVE30 M SPORT. 313HP, 440KM SEKALI CAJ, BERMULA RM285K