Buletin

BMW MALAYSIA PERKENAL SAV PREMIUM X4 CKD. HARGA BERMULA RM398,800

BMW Malaysia memperkenalkan varian terbaharu model SAV premium mewah X4 pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga bermula RM 398,800.

Bahkan, buat julung kali, model BMW X4 xDrive30i M Sport menjengah pasaran tempatan.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu menawarkan empat pilihan warna menarik iaitu putih (Alpine White), biru (Phytonic Blue), merah (Piemont Red) dan hitam (Carbon Black).

BMW X4 menampilkan rekaan sporty dengan bampar baharu dipadankan gril kidney yang lebih besar dengan sambungan perangkai di bahagian tengah bersama rekaan apron hadapan baharu dengan salur masuk udara vertikal.

Selain itu, lampu utama LED yang mendapat sentuhan moden dengan lebih langsing menyerlahkan lagi sisi sporty SAV terbaharu tersebut.

BMW X4 baharu masih mengekalkan garis bumbung persis coupe dan dilengkapi dengan komponen pemantul berkedudukan vertikal serta bampar belakang dengan sisipan baharu.

Ia turut dilengkapi bibir ekzos berbentuk bebas.

Bagi pakej M Sport, yang disediakan sebagai standard dalam varian BMW X4 baharu menaik taraf kelengkapannya, turut hadir dengan pelbagai konfigurasi kenderaan yang diperhalusi.

Ia dapat dilihat pada komponen salur masuk udara dan apron hadapan, rim dan kemasan trim ruang dalaman baharu.

Ruang kabin SAV terbaharu itu dipadankan Leather Vernasca Black dengan sulaman kontra dalam menyerlahkan lagi kemewahan jentera berkenaan.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh memilih Leather Vernasca Tacora Red dengan tawaran dalaman Alpine White dan Carbon Black.

BMW X4 hadir dengan paparan kawalan 10.25 inci fungsi sentuh, elemen bersadur zink dalam lohong udaranya, serta elemen kawalan baharu di bawah skrin paparan yang terletak di konsol sentral.

SAV terbaharu itu didatangkan Sistem Operasi BMW 7, Pembantu Peribadi Pintar BMW dan pelbagai pakej BMW Connected sebagai opsyen tambahan.

Fungsi BMW Intelligent Personal Assistant juga diperbaharui bagi membolehkan pengguna membuka tingkap dan menyesuaikan sistem penyaman udara menggunakan arahan suara dan peta BMW.

Ciri-ciri menarik lain termasuk Pembantu Pemandu yang menyediakan fungsi Amaran Penukaran Laluan, Amaran Pengeluaran Laluan, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek sebagai standard, Bantuan Parkir dan Bantuan Mengundur.

Pemilik BMW X4 baharu dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium oleh BMW Group Malaysia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih β€˜BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Untuk keterangan lanjut mengenai model terbaharu BMW X4 boleh melayari laman web www.bmw.com.my.

Google ads
Back to top button