Buletin

BMW MALAYSIA PERKENAL BMW iX CONFIGURATOR. PAKEJ NAIK TARAF BERMULA RM3,020

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW iX Configurator yang menawarkan pelbagai pakej tambahan untuk varian-varian BMW iX. Pakej berkenaan disediakan untuk pelanggan yang telah membuat pra-tempahan atau merancang untuk menempah BMW iX xDrive40 sebelum 12 Oktober 2021.

Configurator itu membolehkkan pelanggan untuk memilih ciri yang diingini sebelum menghubungi pengedar BMW untuk meyelesaikan konfigurasi tersebut. 

Power Package hadir bersama BMW i Wallbox (Generation 3, Type 2) untuk kemudahan pengecasan di rumah. Kotak pengecas segera ini turut hadir dengan kabelnya tersendiri yang membekalkan kuasa AC sebanyak 11kW. Ia mampu mengecas jentera dari paras bateri 0 hingga 100 peratus dalam tempoh 7 jam 15 minit. 

Turut dirangkumkan dalam pakej tersebut ialah kabel pengecas pantas awam BMW i yang membolehkan pengguna mengecas di stesen-stesen pengecasan pantas. Pakej berharga RM4,600.00 itu ditawarkan untuk kedua-dua varian BMW iX xDrive40.

BMW Iconic Package didatangkan dengan tali pinggang keledar berwarna BMW iBlue dan BMW IconicSounds Electric untuk menghasilkan bunyi enjin yang setanding dengan dinamik pemanduannya. IconicSounds dihasil menerusi sistem audio dan disesuaikan dengan tiga mode pemanduan iaitu Personal, Efficient dan Sport. Ia ditawarkan pada harga harga RM3,020 dan akan disediakan untuk semua varian BMW iX xDrive40.

Technology Package pula hadir dengan Driving Assistant Professional yang terdiri daripada fungsi Steering & Lane Control Assistant serta Lane Keeping Assistant bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan. Tyre Pressure Monitoring System dan Parking Assistant Plus turut disediakan. 

Fungsi itu hadir sebagai ciri standard pada BMW iX xDrive40 Sport, tetapi akan ditawarkan sebagai opsyen untuk varian BMW iX xDrive40 dengan tambahan RM15,700.

Design Package yang terdiri daripada BMW Individual Exterior Line Titanium Bronze menawarkan perincian berwarna Titanium Bronze pada grafik gril kidney, bahagian bawah bingkai tingkap, hendal pintu, designasi model serta sisipan hadapan, sisi dan belakang. 

BMW Laserlights yang standard pada varian Sport juga akan hadir dengan warna biru dan tulisan “BMW Laser” pada lampu hadapan. Pakej tersebut ditawarkan pada harga RM15,740.

Luxury Package yang melibatkan Panorama Glass Roof Sky Lounge itu boleh digelapkan atau jernih dengan hanya menekan satu butang sahaja. Efek luar biasa itu terhasil daripada penjajaran hablur cecair yang melapisi bumbung kaca berkenaan.

Penambahan lain termasuklah Headliner Anthracite, Clear & Bold Interior Applications dengan suis kaca kristal, kemasan kayu dan sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 18 unit pembesar suara. Pakej ini berharga RM33,490.

Akhir sekali, Interior Upholstery Package menawarkan dua pilihan upholsteri premium. Interior Design Suite Castanea dan Interior Design Suite Amido tampil dengan material kulit daun zaitun asli yang diperangkan menerusi dua warna yang eksklusif. 

Ia diserlahkan pada panel instrumen, panel trim pintu, konsol tengah dan tempat duduk yang memberikan suasana kabin serba mewah. Setiap pilihan itu ditawarkan pada harga RM21,110.

Lihat sendiri configurator dan maklumat mengenai pakej-pakej tambahan ini di laman web: https://www.bmw.com.my  BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport sudah boleh ditempah  dengan bayaran RM5,000.00 menerusi platform BMW Shop Online: https://shop.bmw.com.my/ 

Google ads
Back to top button