Buletin

TAK DAPAT BUKA PINTU GARA-GARA KEHABISAN BATERI, PEMILIK TESLA MODEL S BENGANG!

Pemilik Tesla model S, Mario Zeleya berkongsi ceritanya melalui TikTok bahawa dia tidak dapat membuka pintu kereta gara-gara kehabisan bateri. Zeleya membeli kenderaan EV baharu tersebut pada harga AS$105,472 (RM481,743) dan kerap diservis.

Kereta tersebut dibeli pada tahun 2013. Model tahun berkenaan dan 2014 sememangnya mempunyai masalah cecair daripada sistem penghawa dingin yang menitis ke bateri lalu membawa kepada karat dan merosakkan bateri.

“Tesla tidak memberikan apa-apa penjelasan mengapa bateri mati.” Jelas Zeleya. Pemilik Tesla lain juga menghadapi masalah yang sama namun pihak Tesla membatalkan kredit Uber pemilik ketika kenderaan diservis.

Zeleya akan menjual kereta tersebut pada harga AS$15,067 (RM68,818) selain terpaksa membayar AS$22 (RM103) untuk mendapatkan geran baharu.

Tidak jelas apa yang akan dilakukan oleh pemilik baharu dengan kereta itu, tetapi pek bateri baharu dianggarkan berharga AS$19,588 (RM89,468). Secara keseluruhannya, itu mungkin bukan masalah yang buruk, kerana model serupa dijual pada harga AS$37,632 (RM171,884) di Toronto.

Google ads
Back to top button