Buletin

MV AGUSTA KEMBALI KE MALAYSIA. CKD SHAH ALAM. HARGA LEBIH MURAH?

MV Agusta Malaysia Sdn. Bhd. telah dilantik oleh MV Agusta Motor yang berpangkalan di Itali sebagai pengedar untuk pasaran tempatan.

MV Agusta Malaysia juga dilapor akan memasang sepenuhnya model MV Agusta di Glenmarie, Shah Alam. Selain itu, anak syarikat AFY Mobiliti Sdn Bhd itu bertanggungjawab ke atas aspek jualan perkakasan, komponen dan cenderahati jenama berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta Motor, Timur Sardarov berkata adalah penting untuk bekerjasama dan meningkatkan jenama MV Agusta di salah satu kuasa ekonomi di rantau Asia Tenggara.

“Proses CKD oleh rakan kongsi akan menjadikan kami kompetitif di rantau ini, selaras dengan strategi perkembangan global MV Agusta,” kata Sardarov.

MV Agusta Motor turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya dan AMI atas pemeteraian Momerandum Persefahaman dengan MARA Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemasangan motosikal global.

Google ads
Back to top button