BOSAN DUDUK RUMAH, RONALDO BELI BUGATTI CENTODIECI BERHARGA RM46 JUTA
Penyerang pasukan Juventus, Cristiano Ronaldo dilapor menghabiskan masa terluang semasa tempoh arahan kawalan pergerakan dengan membeli sebuah kereta edisi terhad Bugatti.
Bugatti Centodieci yang hanya 10 unit dihasilkan di seluruh dunia itu berharga £8.5 juta (RM46 juta). Jentera itu dijadual diserahkan pada tahun 2021.
Penerima anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali tersebut menghabiskan masa di kampung halamannya di Madeira, memandangkan saingan bola sepak di Itali dan Eropah terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19.
Dengan pembelian itu, Ronaldo dilihat menambah lagi koleksi kereta mewahnya. Dia merupakan antara pelanggan tetap Bugatti. Di garajnya kini sudah ada Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse berharga AS$18 juta (RM78 juta) yang dibelinya tahun lalu.
Selain Bugatti, Ronaldo juga memiliki Ferrari F430, Rolls-Royce Phantom, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, Bentley Continental GTC dan McLaren Senna.
Ketika menyambut ulang tahun ke-35 Februari lalu, pasanganya Georgina Rodriguez membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah Mercedes G Wagon berharga £600,000 (RM3.2 juta).
Pengeluar kereta dari Perancis itu terkenal dengan penghasilan jentera mewah berprestasi tinggi. Centodieci direka sebagai tribute kepada model Bugatti EB110.
Supercar itu dikuasakan oleh enjin W16 V8 dan mampu memecut daripada 0-100km/j dalam masa hanya 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 236 batu sejam (mph).
- BACA: BUGATTI BATAL PRODUKSI SEDAN GALIBIER KERANA TERLALU BURUK. RUPA MACAM ANJING DACHSHUND
- BACA: PENGGUBAHAN WANG HARAM, BUGATTI VEYRON MUNGKIN DILUPUS DI ZAMBIA
- BACA: BUGATTI CENTODIECI – 1,600PS, RM37 JUTA, SUDAH HABIS DIJUAL!
- BACA: BARU 30 MINIT KELUAR KEDAI, BUGATTI VEYRON KENA GESEL DENGAN HONDA CR-V