;
Buletin

BARU 30 MINIT KELUAR KEDAI, BUGATTI VEYRON KENA GESEL DENGAN HONDA CR-V

Sebuah Bugatti Veyron mengalami nasib malang apabila bergesel dengan Honda CR-V hanya 30 minit selepas keluar dari kedai.

Veyron second hand berharga AS$2 juta (RM8.3 juta) yang dipandu oleh pelawak, Tracy Morgan itu dilanggar di satu persimpangan di bandar New York.

Ini bukan Veyron biasa, tetapi varian Grand Sport dengan bumbung convertible yang mahal harganya.

Wanita yang memandu CR-V dikatakan leka bermain telefon bimbit dan cuba membelok ke kanan dari arah kiri. Ramai saksi menyatakan kemalangan itu berlaku kerana salahnya.

Dalam satu klip video, Morgan dilihat mengetuk tingkap CR-V berkenaan sambil berkata, “B*itch, keluar daripada kereta. Kereta ini berharga AS$2 juta, baru sahaja beli!”

Kerosakan yang dialami tidaklah serius dan kedua-dua pemandu tidak cedera. Mereka juga tidak dikenakan sebarang denda atau tindakan oleh pihak polis.

Kos pembaikan kereta dijangka diselesaikan oleh penyedia insurans masing-masing.

Tags
Google ads
Back to top button