Buletin

BUGATTI BATAL PRODUKSI SEDAN GALIBIER KERANA TERLALU BURUK. RUPA MACAM ANJING DACHSHUND

Sepuluh tahun lalu, Bugatti menggemparkan dunia apabila memperkenalkan kereta paling laju, Bugatti Veyron. Namun, ada satu lagi produksi kenderaan yang dihasilkan Bugatti dan tidak diketahui umum.

Kenderaan ini hampir sampai ke saluran produksi, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana dikatakan terlalu buruk. Macam mana rupa dia agaknya ya? Jom tengok!

Ketua Pereka Bentuk Bugatti, Achim Anscheidt memberitahu model yang dikenali dengan nama Galibier itu telah sampai ke persetujuan akhir sebelum semuanya berubah secara drastik.

“Bugatti cuba meletakkan harapan kepada Galibier itu sebagai projek sedan pertama. Malangnya, reka bentuk Galibier tidak seperti yang dibayangkan pada peringkat awal.  

“Memandangkan Rolls-Royce Phantom yang tampil jauh lebih mewah dan selesa pun gagal, amat tipis peluang untuk Bugatti berjaya memasarkan model sedan premium pertama ini,” Anscheidt.

Jika dilihat pada sisi, rekaan Gilibier seakan-akan anjing baka dachshund. Sementara bahagian belakang kelihatan seperti topi bowler.

Projek Gabilier ini akhirnya menemui jalan buntu pada 10 Mei 2012. Ia selepas seorang pegawai kanan dari Austria melawat kilang Bugatti dan tidak berpuas hati apabila melihat reka bentuk Gabilier.

Jadi, produksi Galibier dibatalkan serta merta-merta. Ia menyebabkan pasukan Bugatti membazirkan masa selama lebih setahun begitu sahaja.

Biarpun begitu, Bugatti wajar dipuji kerana berani mengambil keputusan bijak dan tidak memalukan diri sendiri jika Galibier dipasarkan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button