Buletin

PESAWAT LIONAIR MELETUP DI MANILA. 8 ANGGOTA PERUBATAN DAN PESAKIT MAUT

Sebuah pesawat Lionair yang membawa lapan orang penumpang terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada jam 8 malam Ahad waktu tempatan.

Lionair ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Filipina. Ia tiada kena mengena dengan syarikat Lion Air, syarikat penerbangan tambang rendah dari Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, pesawat malang itu membawa lapan orang penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.

Menurut laporan awal, pesawat RPC 5880 yang dijadual berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina. Ia merupakan aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Filipina kemudian menafikan pesawat itu digunakan untuk membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19.

“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” jelas satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.02 malam.

Senator Richard Gordon, yang merupakan Pengerusi Palang Merah Filipina mengesahkan kejadian tersebut. – Astro Awani

Google ads
Back to top button