Buletin

BUAT SERBUAN DI RUMAH PENGEDAR GANJA, POLIS JUMPA PULUHAN UNIT SUPRA, BMW M3, SKYLINE DAN EVO

Satu pemeriksaan rutin trafik di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 21 Ogos lalu telah membawa kepada pembongkaran jenayah pengedaran dadah jenis ganja berskala besar. 

Lebih menarik lagi, pihak berkuasa bukan sekadar menemui alat menghisap ganja, pistol, wang tunai berjumlaah jutaan dolar.

Malah, sebanyak 45 buah kereta termasuk  8 model eksotik, selain Toyota Supra MK4 dan beberapa unit BMW M3 di dalam sebuah garaj yang besar. 

Media tempatan melaporkan bahawa Cory A. Taylor dari New Salem telah ditahan kerana memiliki 62.5kg ganja dan seragam kakitangan FedEx di dalam van yang dipandunya.

Menurut Taylor, dia telah dibayar untuk menerima dan menghantar ganja tersebut kepada seorang lelaki bernama Juan. 

Dia juga memberitahu satu sumber di California telah menghantar sejumlah besar ganja ke rumahnya. Dia kemudian ditahan di lokap dan dibebaskan tidak lama selepas itu.

Selepas ditahan, polis menggeledah rumahnya dan menenui satu operasi pengedaran dadah di rumah yang telah diubah suai dengan mewah. 

Sehingga kini, tiada jumlah tepat berapa banyak kereta yang ditemui oleh pihak berkuasa di rumah suspek. Namun, dalam satu status Facebook ole The Souce Pot, terdapat puluhan kereta yang terdiri daripada model Supra, Skyline, Evo, RAM dan banyak lagi. 

Berdasarkan kepada gambar yang dikongsi, terdapat sekurang-kurangnya 8 unit supra, 3 unit Skyline, lima BMW E46 M3 dan tiga unit E92 M3 dengan salah satunya merupakan Lime Rock Edition yang rare. 

“Seronok tengok semua kereta ini. Tertanya-tanya juga adakah ia akan dilelong nanti,” tulisnya. 

Berbalik kepada Taylor, dia kini dilaporkan telah melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.  

Google ads
Back to top button