Artikel Pilihan

CIZETA V16T AKAN MEMBUATKAN BUGATTI CHIRON NAMPAK BIASA

Bagi yang pernah membaca artikel kami sebelum ini mengenai lampu pop-up. Korang mesti kenal dengan kereta ini, Cizeta V16T yang boleh disifatkan sebagai raja lampu pop-up. Tengok sahajalah jumlah lampu tersebut pada kereta ini. Entah kenapa, lampu jenis tersembunyi macam ni memang nampak sangat-sangat cool.

Cizeta dan dipaparkan di sini merupakan satu daripada sembilan unit yang pernah dihasilkan di dunia. Ia merupakan kereta yang sama dipertunjukkan di Geneva Auto Show 1993 dan dibeli baharu oleh Sultan Brunei pada masa itu.

Kereta yang dihasilkan dengan tangan oleh Marcelo Gandini ini memiliki sekitar 950 kilometer perbatuan. Fuh, hampir 30 tahun tapi dipandu tak sampai pun 1000 kilometer.

Cizeta dikuasakan enjin V16 6.0L yang merupakan kacukan dua enjin V8 Lamborghini. Kuasa maksima 540 hp dicapai pada 8,000 rpm dengan tork maksima 542 Nm. Nampak rendah ke? Itu angka tahun 1993 tuan-tuan.

Mesti ramai yang ingat kereta lama yang rare macam ni mesti akan timbul banyak masalah. Jangan bimbang sebab ini kereta mahal tuan-tuan dan dijaga dengan rapi.

Malah walaupun ia pernah dimiliki oleh Sultan Brunei, ia tak pernah dibawa ke Brunei pun. Cizeta ini kekal di Singapura sejak ditempah oleh baginda  dan hanya mempunyai kurang 1,000 kilometer perbatuan.

Kini ia telah berjaya diperolehi oleh sebuah syarikat penjual supercar di Miami dengan harga yang tidak diketahui. Sudah tentu ia akan diiklankan untuk jualan selepas ini kecuali jika ia sudah ditempah oleh individu tertentu dengan harga yang semestinya sangat sangat sangat lumayan.

Ketika baharu ia bernilai sekitar RM2.75 juta dan kini tidak mustahil harganya meningkat berkali-kali ganda berikutan jumlah yang sangat sedikit dan keadaannya yang dalam keadaan terbaik.

Walaupun mungkin harganya setanding dengan Pagani Huayra baharu tapi Pagani Huayra mana ada lampu pop-up kan? Cool weh.

Google ads
Back to top button