Buletin

1,000 UNIT BYD ATTO 3 DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN DALAM MASA 100 HARI

Sime Darby Motors mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menyerahkan 1,000 unit BYD ATTO 3 dalam masa 100 hari.

Angka tersebut menandakan satu lagi rekod baharu bagi Sime Darby Motors selepas menghantar 100 unit kepada pelanggan dalam masa 10 hari pertama sejak pelancaran BYD ATTO 3 di Malaysia.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors  Malaysia, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, “Ini menandakan satu mercu jaya penting dalam pemasaran kenderaan elektrik di Malaysia, mencerminkan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini,”

“Kami mahu mengekalkan momentum ini dan akan terus memacu pertumbuhan permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami.”

Sejajar dengan kejayaan itu, BYD baru-baru ini membuka bilik pameran terbaharunya di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Bilik pameran terkini mempunyai keluasan 1,500 kaki persegi, sekali gus menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan bersantai, berinteraksi dengan kakitangan BYD dan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi canggih ditawarkan oleh BYD.  

Pelanggan juga berpeluang  untuk memandu uji BYD ATTO 3 dan memanfaatkan stesen pengecasan percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Selain itu, terletak hanya 6km dari bilik pameran baharu, terdapat pusat perkhidmatan lepas jualan BYD di Sungai Pinang. Pusat servis ini menyediakan alat ganti serta perkhidmatan membaiki dan mengecat kenderaan.

Google ads
Back to top button