SEGALANYA TENTANG BYD SEAGULL, EV TERMURAH DENGAN HARGA RM 51K
BYD merupakan singkatan kepada “Build Your Dream”, sebuah syarika automotif yang pada hari ini mampu mencabar kewujudan Tesla sebagai pengeluar kereta elektrik. Pada bulan Jun 2022, BYD telah menjual 641,000 unit kereta elektrik sekaligus mengatasi Tesla sebaga pengeluar kereta elektrik terbanyak untuk 6 bulan pertama 2022
BYD Seagull pula merupakan EV terbaru keluaran BYD, menggunakan nama yang tidak seksi tapi ia merupakan EV termurah yang pernah dihasilkan oleh BYD. Mari kita lihat fakta menarik berkenaan dengan BYD Seagull ini.
1. BYD Seagull adalah kereta elektrik sepenuhnya tapi dijual dengan harga permulaan sekitar 11,600 USD atau RM 51,300. Ia maerupakan EV termurah setakat ini yang pernah dihasilkan oleh BYD dalam usaha megeluarkan EV mampu milik kepada pengguna.
2. Dari segi saiz, BYD Seagull ini adalah lebih kurang sama saiz dengan Perodua Axia 2023 dengan jarak antara roda ialah 2500mm. Panjang keseluruhan ialah 3780mm, lebar 1715mm dan tinggi 1540mm
3. Dengan saiz yang kompak, BYD Seagull dihasilkan dengan satu motor elektrik sahaja samaada 74 kuasa kuda bagi varian termurah ataupun 94 kuasa kuda bagi varian yang mahal. Halaju tertinggi ialah 130km/jam, sudah cukup bagi kegunaan bandar
4. Saiz yang kecil juga membolehkan BYD Seagull dipasang dengan bateri yang kecil, 30kWh ataupun 38kWh bagi varian termahal. Salah satu pilihan untuk bateri ini ialah ia dihasilkan dengan menggunakan garam atau lebih tepat Sodium Ion Battery bagi membolehkannya dijual dengan murah
5. Kelemahan Sodium Ion Battery ini ialah, kandungan tenaga bagi setiap 1kg bateri tidak tinggi iaitu sekitar 150Wh/kg. Sebagai perbandingan bateri ion lithium mengandungi sekitar 260-270Wh/kg bateri. Bagi menghasilkan kuasa sama seperti ion lithium, saiznya perlu lebih besar dan berat
6. Sebagai perbandingan, 1 liter petrol pula berupaya menyimpan potensi tenaga sebanyak 8.76 kWh/liter. Tapi sudah ada syarikat pembuat bateri di China mengumumkan yang mereka berjaya menghasilkan bateri Sodium Ion dengan kapasiti 180Wh/kg.
Dalam sedikit masa lagi, potensi tenaga Sodium Ion akan bertambah banyak. Keadaan ini juga mengelakkan BYD daripada menggunakan bateri ion lithium yang lebih mahal pada EV buatan mereka dan menghasilkan EV yang lebih murah pada masa akan datang.
7. jarak perjalanan bagi bateri 30kW ialah sekitar 305km CLTC (setara dengan WLTP) manakala bagi bateri 38kWh ialah 405km untuk satu pengecasan penuh. Bagi kami 305km untuk sekali caj dengan harga permulaan RM 51,300 adalah sangat berbaloi bagi kegunaan bandar
8. Buat masa ini tiada data berkenaan dengan masa pengecasan AC Charging meliankan data DC Fast Charging. BYD Seagull memerlukan masa 30 minit sahaja untuk mengecas dari 10% kepada 80% dengan pengecasan pantas
9. Syarikat BYD ini pernah menerima pelabuaran sebanyak 232 juta USD pada tahun 2008 daripada taikun Warren Buffet menerusi firma pelaburannya iaitu Berkshire Hathaway iaitu kira kira 14% saham dalam BYD
10. Evolusi teknologi kereta elektrik berlaku dengan pantas setiap hari dan sangat destruptive kepada pasaran yang masih menjual kereta enjin pembakaran dalam. Sekiranya kita masih berada dalam fasa penafian, maka kita akan tertinggal dengan jauh.