Artikel Pilihan

BAOJUN YEP – SUV DENGAN JAM TANGAN PINTAR GERGASI DI BELAKANG

Yep, anda memang tak salah baca. Nama SUV kecil ini memang Baojun Yep dan ia merupakan SUV berkuasa elketrik (EV) pertama keluaran SAC-GM-Wuling. Ia boleh dikatakan sangat istimewa kerana menampilkan paparan yang menyamai jam tangan pintar pada bahagian pintu belakangnya.

Fungsi ini membolehkan generasi mudah menonjolkan diri merek di atas jalan raya. Korang kan suka share macam-macam dalam media sosial.

Skrin ini diposisikan memanjang pada pintu belakang dengan satu unit berbentuk segi empat sama dan satu lagi berbentuk segi empat tepat. Dilihat dari jauh ia kelihatan seperti Apple Watch ataupun model copy ori dari China.

Selain memaparkan emoji untuk memberitahu mood semasa pemandu ia juga boleh dilaraskan sebagai screen saver, animasi dan mesej ringkas. Kalau mesej biasa kami akan taip “Rendahkan sikit lampu tu saudara, silau ni” khusus untuk pemandu yang ‘gila’ main high beam dari belakang.

Ini merupakan aksesori pilihan untuk SUV ini dan anggaran kos belum diberikan oleh pengeluar tapi berdoalah banyak-banyak jika anda memandunya semoga tidak dilanggar dari belakang. Kalau mengundur pun hati-hati sikit ye. Ramai je yang terlanggar tiang walaupun dibantu oleh kamera pandang belakang dan segala jenis sensor mengundur.

Kalau mengikut laporan Car News China, SUV ni tak adalah mahal sangat kat sana. Sekitar USD14,436 je (bersamaan dengan RM64,000 lebih kurang). Mana nak dapat SUV bersaiz Suzuki Jimny dengan harga macam ni kecuali di China.

Prestasinya? Boleh tahan la untuk kenderaan EV bersaiz kecil. Kelajuan maksima 100 kmj dengan jarak operasi sejauh 303 kilometer. SUV kan? Laju-laju nak ke mana?

Google ads
Back to top button