Buletin

CHERY BAKAL UMUM HALA TUJU BAHARU DI AUTO CHINA 2026, FOKUS MOBILITI KELUARGA DAN EKOSISTEM PINTAR

Permintaan global terhadap kenderaan berorientasikan keluarga terus meningkat, sekali gus mendorong pengeluar automotif menilai semula pendekatan terhadap keselesaan, keselamatan dan teknologi pintar.

Dalam perkembangan tersebut, Chery bakal memperkenalkan falsafah jenama global yang diperbaharui dengan tumpuan khusus kepada mobiliti keluarga pada acara Auto China 2026.

Pengumuman rasmi itu akan berlangsung bersempena Chery International Business Summit, yang menjadi platform penting bagi syarikat berkenaan mempamerkan strategi baharu serta hala tuju jangka panjangnya.

Pendekatan ini mencerminkan usaha Chery memperkukuh kedudukan sebagai penyedia penyelesaian mobiliti menyeluruh untuk keluarga di pelbagai pasaran global, termasuk Malaysia.

Falsafah Baharu Berasaskan Keperluan Keluarga

Melalui strategi terkini ini, Chery mentakrif semula nilai jenama dengan menumpukan kepada keperluan praktikal perjalanan keluarga moden.

Falsafah tersebut menekankan tiga aspek utama iaitu keselamatan menyeluruh, ruang kabin yang praktikal serta integrasi teknologi pintar bagi pengalaman penggunaan lebih lancar.

Langkah ini turut menandakan perubahan penting dalam evolusi syarikat, daripada sekadar pengeluar kenderaan kepada penyedia pengalaman mobiliti keluarga yang lebih komprehensif.

Integrasi Automobil dan Robotik Melalui AiMOGA

Sebagai sebahagian daripada pembangunan ekosistem mobiliti pintar, Chery turut memperkukuh kerjasama dengan AiMOGA Robotics.

Integrasi ini menggabungkan teknologi robotik dengan sistem pintar dalam kenderaan, membentuk konsep “Automobil + Robot” yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh.

Di Auto China 2026, kedua-dua pihak akan mempersembahkan sinergi kenderaan dan robot humanoid, termasuk aplikasi dunia sebenar melangkaui bilik pameran — daripada khidmat pelanggan sehingga penggunaan dalam persekitaran awam.

Pendekatan ini dilihat membuka dimensi baharu kepada industri automotif serta memperluas fungsi teknologi mobiliti pintar.

AiMOGA juga dijangka mengadakan pelancaran global khusus bagi memperkenalkan generasi baharu robot humanoid bersama rangkaian produk yang diperluaskan, direka untuk pelbagai kegunaan dan persekitaran.

Penyelarasan Strategi Global

Dipandu oleh falsafah baharu tersebut, Chery akan menyelaraskan strategi global merangkumi pembangunan teknologi, portfolio produk serta ekosistem pengguna.

Pendekatan ini mengekalkan fokus kepada tiga tonggak utama pemilikan iaitu ruang kabin luas, keselamatan menyeluruh dan interaksi pintar yang intuitif.

Pada masa sama, Chery menegaskan komitmennya terhadap kerjasama terbuka dengan rakan pengedar di seluruh dunia, termasuk Malaysia, bagi membina ekosistem mobiliti mampan.

Langkah kolaboratif ini dijangka menyokong kepelbagaian produk, penambahbaikan berterusan serta pertumbuhan jangka panjang di pasaran global.

Google ads
Back to top button