Motosikal

ZXMOTO 500F SAH MASUK MALAYSIA – 73HP, 48NM

Kami telah pun mendengar khabar angin seawal hujung tahun lalu bahawa ZXMOTO akan memasuki pasaran Malaysia sebelum MForce Bike Holdings diumumkan secara rasmi sebagai pengedar jenama baharu itu. 

Terbaru, kami juga difahamkan beberapa model akan dipasarkan di Malaysia termasuk motosikal gaya retro, ZXMoto 500F.

Menariknya, model 500F ini juga telah kelihatan menjalani ujian jalan raya di Malaysia, baru-baru ini sekaligus mengesahkan ketibaan model itu tidak lama lagi. 

Atas kertas, 500F digerakkan enjin empat silinder 470cc yang berupaya menjana 73hp pada 11,000rpm dan 48Nm pada 9,500rpm. Ini adalah enjin sama yang menggerakan 500RR namun ditala semula agar lebih praktikal dan selesa. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk pencahayaan LED penuh, meter digital analog, cermin sisi berbentuk bulat, fork USD boleh laras, tangki 15.5L. 

Meskipun bergaya retro namun ZXMoto 500F ini tampil dengan ciri keselamatan terkini termasuk ABS dan traction control secara standard. 

Google ads
Back to top button