
SIME MOTORS UMUM PEMENANG HADIAH UTAMA BMW 2 SERIES DI KEMUNCAK KEMPEN ULANG TAHUN KE-45
Sambutan ulang tahun ke-45 Sime Motors berakhir dengan penuh meriah apabila syarikat itu mengumumkan pemenang hadiah utama berupa sebuah BMW 2 Series Gran Coupé, sekali gus menutup tirai Kempen Hadiah Hebat yang berlangsung di seluruh negara.
Kempen yang berlangsung hingga 31 Disember 2025 itu menawarkan ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM400,000 dan menerima penyertaan menggalakkan daripada pelanggan.
Secara keseluruhan, seramai 44 pemenang dipilih menerusi beberapa siri cabutan, mencerminkan sokongan berterusan pelanggan terhadap Sime Motors sepanjang 45 tahun operasinya.

Pada majlis penutup yang diadakan baru-baru ini, Muhamad Bukhari Muhamad Shukor dari Sime Darby Auto Selection Ara Damansara diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.
Tiga lagi pemenang sagu hati turut dipilih, iaitu Chia Sin Ye (Sime Darby Auto Selection Glenmarie), Melinda Yap Sook Phin (Sime Darby Auto Bavaria Ara Damansara) dan Alethia Ngo Bei Er (Sime Darby Auto Bavaria Balakong).
Selain hadiah utama, 43 pemenang lain membawa pulang pelbagai ganjaran menarik, menjadikan kempen tersebut antara inisiatif penghargaan pelanggan paling besar pernah dianjurkan oleh Sime Motors.

Menurut Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, kempen berkenaan merupakan simbol penghargaan terhadap kepercayaan pelanggan sepanjang perjalanan syarikat itu.
Sambutan yang diterima juga disifatkan amat menggalakkan, sekali gus mengukuhkan hubungan antara Sime Motors dengan komuniti pelanggannya.
- BACA: CHERY BAKAL UMUM HALA TUJU BAHARU DI AUTO CHINA 2026, FOKUS MOBILITI KELUARGA DAN EKOSISTEM PINTAR
- BACA: ZEEKR 8X DILANCARKAN DI CHINA – SUV PHEV 1,381HP, JARAK GERAK SEHINGGA 1,416KM
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA NAIK TARAF PUSAT 4S BAHARU DI MIRI, TINGKATKAN PENGALAMAN PELANGGAN
- BACA: TOYOTA FAILKAN PATEN REKAAN BARU ENJIN V8 – KHAS UNTUK MODEL GR GT




