CHERY eQ7 DILANCARKAN OGOS INI DI CHINA – 201HP, JARAK GERAK 512KM, HARGA BERMULA RM91K
Chery bakal melancarkan SUV elektrik sepenuhnya, Chery eQ7 pada penghujung Ogos ini. Model baharu itu didatangkan dalam tiga varian dengan tanda harga bermula AS$20,000 (RM91,640).
Direka berdasarkan platform all-aluminium Chery, berat keseluruhan bingkai dikurangkan sebanyak 30 peratus dan ketumpatan kuasa pula ditingkatkan sebanyak 35 peratus.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,675/1,910/1,660mm, dan jarak roda pada 2,830mm.
Menjengah dalam kabin, kokpit mempunyai skema warna yang berbeza selain menerima kemasan suede dan dihiasi dengan hiasan kayu serta krom.
Perincian lain termasuklah skrin berkembar 24.6-inci, yang terdiri daripada panel instrumen LCD penuh dan skrin sentuh 12.3-inci.
Bagi terowong tengah, ia mempunyai dua pad pengecasan telefon wayarles dan dua pemegang cawan.
Selain itu, tempat duduk juga mempunyai fungsi boleh laras secara elektronik dan menyokong pemanasan, pengudaraan dan urutan.
Untuk keselamatan, bahagian dalam dilengkapi sehingga 10 beg udara, sistem brek anti-kunci, program kestabilan elektronik, sistem pemantauan tekanan tayar, serta sistem bantuan pemanduan termaju, merangkumi 14 fungsi keselamatan aktif, termasuk kawalan pelayaran adaptif, bantuan lorong, pemantauan titik buta dan brek kecemasan autonomi.
Beralih kepada kuasa, model baharu ini dijana oleh pek bateri LFP 67-kWh, menawarkan jarak gerak sehingga 512km dan berupaya menghasilkan 201hp.
Chery eQ7 kini tersedia untuk pra-pesanan dan boleh dimiliki pada anggaran harga sekitar AS$20,000 hingga AS$22,790 (RM91,640 – RM104,423).
Di pasaran China, Chery eQ7 dijangka bakal bersaing dengan BYD Song Plus, Skyworth EV6 (Skywell ET5), Forthing Thunder, Neta U dan SUV elektrik lain.
GALERI:
- BACA: CHERY BAKAL LANCAR OMODA 5 1.6L TGDI UNTUK PASARAN MALAYSIA TAHUN DEPAN?
- BACA: CHERY OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO RASMI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA- HARGA BERMULA RM108K
- BACA: CHERY TIGGO 9 TAMPIL MEWAH, BAKAL DILANCARKAN DI CHINA PADA MEI. BERMULA RM111K
- BACA: CHERY CATAT JUALAN LEBIH 100K UNIT PADA JANUARI 2023. NAIK 16.5% BERBANDING 2022