
UMWT CATAT HASIL JUALAN 8,349 UNIT PADA JULAI, MENINGKAT 25.8 PERATUS
UMW Toyota Motor mencatat hasil jualan kukuh iaitu sebanyak 8,349 unit bagi jenama Toyota dan Lexus untuk bulan Julai 2023.
Untuk rekod, jualan bulanan yang dicatatkan pada Julai 2023 juga meningkat sebanyak 25.8 peratus berbanding Julai 2022.
Dalam pada itu, jumlah jualan awal Januari hingga Julai merekodkan 57,008 unit, meningkat 8.5 peratus berbanding tahun 2022, 52,548 unit.

Perkembangan berkaitan, pelanggan di Penampang, Sabah kini mempunyai akses lebih baik kepada perkhidmatan Toyota dengan Armada KK Automobile menaik taraf kemudahan kepada 3S (jualan, servis & alat ganti) berbanding 1S (jualan).
Pusat baharu itu dibuka secara rasmi di Batu 6, Jalan Penampang, menawarkan kemudahan Pusat Jualan & Servis serta dilengkapi 18 ruang servis untuk memenuhi keperluan pelanggan di Penampang dan kawasan sekitarnya.
Sementara itu, penduduk Muar, Johor juga mendapat manfaat daripada kehadiran pusat Toyota 4S baharu apabila E S Yang Motor, pengedar Toyota sejak 1994, secara rasmi membuka cawangan baharunya di Jalan Dato’ Haji Kosai.
Cawangan baharu itu menggabungkan cawangan 1S, 2S dan Badan & Cat yang diasingkan sebelum ini.
Selain itu, UMW Toyota Motor turut menawarkan promosi bulanan sehingga 100 peratus pinjaman untuk pembelian Toyota serba baharu.
Menerusi tawaran promosi berkenaan, pelanggan boleh memilih pilihan pelan ansuran serendah RM628 sebulan untuk Toyota Yaris selain, menikmati promosi yang menawarkan rebat tunai sehingga RM10,000 apabila mereka membeli Toyota Camry baharu.
“Untuk mengembangkan lagi pengalaman memandu Toyota kepada lebih ramai pengguna, kami berbesar hati untuk menjadikan pemilikan Toyota lebih mudah diakses berbanding sebelum ini termasuk dengan promosi bulanan yang memudahkan pelanggan membeli serta memiliki Toyota,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran.
- BACA: KUALITI DAN STANDARD KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023 TERJAMIN – UMW TOYOTA MOTOR
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR DAN PERSATUAN ALAM SEMULAJADI TANAM LEBIH 6,000 POKOK
- BACA: UMW TOYOTA AKAN LANCAR 5 MODEL SPORT PADA 17 FEBRUARI, TAYANG GAMBAR ACAH 5 MODEL SPORT
- BACA: UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS