
CHERY TIGGO 9 TAMPIL MEWAH, BAKAL DILANCARKAN DI CHINA PADA MEI. BERMULA RM111K
Menjelang pelancaran Chery Tiggo 9, Chery baru-baru ini mendedahkan imej rasmi bahagian kabin dan ia mungkin bahagian dalaman terbaik pernah dihasilkan oleh Chery.
Bahagian luaran Chery Tiggo 9 dikemaskan dengan garis bumbung, tiang berwarna hitam, rekaan bumbung terapung serta bahagian hadapan yang garang.
Tiggo 9 dipadankan dengan pemegang pintu jenis pop-up, spoiler belakang dan rim aloi bersaiz 20 inci. Untuk tiang-D, versi asas mungkin didatangkan dengan warna hitam.

Dari segi dimensi, Tiggo 9 berukuran 4,820mm/1,930mm/1,699mm dengan jarak roda 2,820mm. Tiggo 9 akan didatangkan dengan pilihan lima dan tujuh tempat duduk melalui susun atur 2/2/3.
Berbanding Tiggo 8, Tiggo 9 mempunyai kelebihan dari segi saiz. Tiggo 8 Pro misalnya, varian paling besar, mempunyai ukuran 4,745mm/1,860mm/1,745mm dengan jarak roda 2,710mm.
Ruang kabin menampilkan dua skrin melengkung melibatkan panel instrumen LCD 12.3 inci dan skrin kawalan pusat 12.3 inci.

Konsol tengah kelihatan sangat bergaya dengan pad pengecasan tanpa wayar untuk dua telefon pintar, pemilih mod pemacu serta kawalan stereo. Di bawahnya terdapat ruang simpanan yang besar, port USB B- dan C.
Tempat duduk Tiggo 9 juga tampil elegan dengan warna terang, selain dikemaskan lagi dengan corak di bahagian pintu.
Tiggo 9 dikuasakan oleh enjin petrol pengecas turbo 2.0 liter empat silinder baharu, menghasilkan kuasa maksimum 261hp dan tork 390Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dengan paddle shifter.
SUV itu mampu mencapai kelajuan maksimum 205 km/j dengan penggunaan bahan api sekitar 7.7L bagi setiap 100 kilometer.
Chery Tiggo 9 akan membuat penampilan pertamanya di Shanghai Auto Show 2023 dan pelancaran di pasaran China dijadualkan pada Mei. Harganya akan bermula sekitar AS$24,760 (RM111,122).
GALERI:









- BACA: CHERY TIGGO 8 PRO CKD BAKAL LANCAR JULAI. OMODA 5 EV TIBA HUJUNG TAHUN INI
- BACA: CHERY CATAT JUALAN LEBIH 100K UNIT PADA JANUARI 2023. NAIK 16.5% BERBANDING 2022
- BACA: CHERY TIGGO TJ-1 BAKAL DEBUT DI PASARAN CHINA PADA JULAI. REKAAN BERKOTAK, 1.5L TURBO PHEV
- BACA: CHERY LANCAR TIGGO 8 PRO, TIGGO 7 PRO DI INDONESIA







