Buletin

CHERY CATAT JUALAN LEBIH 100K UNIT PADA JANUARI 2023. NAIK 16.5% BERBANDING 2022

Chery Group membuka 2023 dengan jualan global sebanyak 101,379 unit pada Januari (+16.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu).

Jualan Chery kini telah melebihi 100,000 unit sebulan selama lapan bulan berturut- turut sejak Jun 2022. Siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 terus mendapat sambutan baik, mencatat jualan sebanyak 10,856 dan 12,768 unit pada Januari.

Tahun 2022 menyaksikan jualan global Chery mencapai rekod 1.23 juta unit, termasuk hampir setengah juta unit di luar China (+68% YoY). Ini menjadikan syarikat tersebut sebagai pengeksport kenderaan penumpang No 1 China selama 20 tahun berturut-turut.

Pencapaian itu adalah hasil kegigihan Chery menguasai teknologi teras melalui penyelidikan dan pembanguna kendiri. Chery mempunyai 5 pusat R&D di seluruh dunia dengan lebih 7,000 orang jurureka dan jurutera yang berpengalaman luas.  

Dalam Kajian Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) JD Power 2022, Tiggo 8 Pro menduduki tempat kedua dalam segmen SUV bersaiz sederhana. 

Chery melancarkan strategi teknologi canggih 2025 pada September 2022 apabila memperkenalkan ‘Technology Chery’ yang memecahkan tanggapan tradisional dunia luar. 

Susun atur Chery bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), malah ia turut meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.

Google ads
Back to top button