" "
Buletin

CHERY MALAYSIA, CARSOME JALIN KERJASAMA STRATEGIK – TINGKAT KEMAHIRAN TENAGA KERJA DAN REVOLUSI PERTUKARAN KERETA

Chery Malaysia mengukuhkan komitmen terhadap inovasi serta kepuasan pelanggan dengan menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CARSOME dan Akademi CARSOME.

Menurutnya, fokus utama kerjasama ini adalah untuk merevolusi pertukaran kereta dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam rangkaian wakil jualan jenama ini.

CARSOME memudahkan proses ini bagi pelanggan Chery, di mana dengan memilih untuk menukar kereta, pelanggan boleh meminta pemeriksaan dan CARSOME akan segera menawarkan harga bagi kenderaan yang hendak ditukar.

Apabila tawaran diterima, pelanggan boleh menyerahkan kereta lama mereka sebelum atau semasa mengambil kereta Chery yang baharu.

Kerjasama strategik antara Chery dan CARSOME ini dijangka akan mengubah landskap automotif, menawarkan pelanggan kemudahan, dan nilai tiada tandingan dalam pengalaman pemilikan kereta.

Selain itu, CARSOME juga mengadakan kempen istimewa untuk peniaga Chery dengan menawarkan tambahan RM500 di atas harga tawaran pertukaran bagi pelanggan mereka yang menukar kereta dari 15 Januari hingga 15 Februari 2024.

Sementara itu, MoU kedua bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah dalam rangkaian wakil jualan Chery.

Perjanjian di antara Chery Auto Malaysia dan Akademi CARSOME akan memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu Peningkatan Kemahiran Tenaga Kerja, Program Pemeriksaan Kenderaan Peneraju Skil, Latihan & Penempatan serta Inisiatif Pemasaran.

Tambahan, dengan rancangan untuk memperluaskan pusat pameran kepada 48 cawangan menjelang akhir 2024, akan melihat peningkatan dalam tenaga kerja, termasuk wakil jualan dan pengurus jualan.

Oleh itu, kerjasama ini dapat Chery berupaya memperkasakan kualiti perkhidmatan pelanggan.

Google ads
Back to top button