
CHERY MALAYSIA CATAT HASIL JUALAN 4,501 UNIT TAHUN 2023 – BAKAL LANCAR TIGGO 7 PRO
Chery Malaysia telah mencapai prestasi mengagumkan pada tahun lalu, apabila mencatat hasil jualan 4,501 unit bagi pasaran tempatan.
Menurutnya, sememangnya, SUV segmen B Omoda 5 yang lebih kecil dan lebih mampu milik menjadi pilihan pelanggan tempatan, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah tersebut.
Secara keseluruhan, Chery merekodkan 1.9 juta kenderaan dihantar kepada pelanggan, menyaksikan peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding tahun 2022.

Mengenai rangkaiannya, usaha pengembangannya terutama di Pantai Timur Semenanjung, menyaksikan jenama itu kini mempunyai 18 cawangan 3S dan 4S di seluruh negara serta 14 lagi cawangan 1S dan 2S.
Sasaran Chery Malaysia tahun 2024 ialah meningkatkan jumlah cawangan daripada 32 kepada 48, di mana ia dijadualkan secara berperingkat.
Lebih terperinci lagi, Chery Malaysia akan meningkatkan bilangan pusat 3S dan 4S daripada 18 kepada 34.

Pada masa yang sama, peningkatan cawangan 3S dan 4S juga menyaksikan bilangan kemudahan B&P dinaikkan daripada 10 kepada 16.
Chery Malaysia menambah bahawa ini bakal dilakukan melalui perkongsian strategik melalui kebolehskalaan serta pembangunan latihan dan kemahiran.
Chery Malaysia juga mengesahkan rancangan untuk memperkenalkan SUV crossover Tiggo 7 Pro sekitar suku kedua 2024.

Model tersebut mula-mula dipratonton pada penghujung 2022, dan ia diletakkan untuk merapatkan jurang antara model Omoda 5 serta Tiggo 8 Pro.
Chery Malaysia turut mendedahkan spesifikasi awal Chery Tiggo 7 Pro pemasangan tempatan (CKD) yang akan datang.
Bagi Chery Tiggo 7 Pro, ia dibina diatas platform Chery T1X dan mempunyai ukuran dimensi 4,500mm panjang dan jarak antara roda 2,670mm.
Dari segi spesifikasi, ia dikuasakan oleh enjin Enjin TGDI 1.6 liter, berupaya menghamburkan kuasa 197 hp dan tork 290Nm serta dipadankan bersama tranmisi 7-speed dual-clutch transmission (DCT).
Perincian menarik lain Chery Tiggo 7 Pro ialah dilengkapi rim aloi 18-inci, panoramic sunroof, ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, 17 fungsi ADAS, kamera 540°, tempat duduk hadapan berventilasi, skrin 24.6-inci dan sistem audio premium Sony 8-pembesar suara.
Selain Tiggo 7 Pro, turut didedahkan ialah sebuah model yang bakal dilancarkan pada suku keempat dan Chery Malaysia membayangkannya sebagai penjual volum tinggi.
- BACA: CHERY MALAYSIA LANCAR BILIK PAMERAN 4S TERBESAR DI MALAYSIA DI JOHOR BAHRU
- BACA: CHERY MALAYSIA LANCAR KELAB RASMI PEMILIK CHERY – WITH CHERY WITH LOVE (WCWL)
- BACA: CHERY OMODA E5 MENDARAT DI MALAYSIA – JANA 221HP, JARAK GERAK 450KM
- BACA: CHERY DULU BUKANLAH CHERY YANG SEKARANG. PREBIU 5 MODEL BAKAL MASUK MALAYSIA







