Buletin

MENGHITUNG HARI, CHERY OMODA E5 BAKAL DILANCARKAN MAC INI

Sejajar dengan peralihan industri kepada mobiliti hijau, Chery Malaysia tidak mahu menunggu terlalu lama untuk memperkenalkan model baharunya, Chery OMODA E5 untuk pasaran Malaysia.

Model EV berkenaan bakal dilancarkan pada Mac tahun ini dan beberapa unit terawal Omoda E5 akan didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU).

Omoda E5 didatangkan dengan bahasa rekaan ‘interstellar shuttle design’ termasuk rekaan gril hadapan kosong, rim bersaiz 18-inci, tuil gear tidak diletakkan di tengah tetapi ditempatkan pada stereng.

Selain itu, Omoda E5 turut membawakan skrin Ultra Clear bersaiz 24.6-inci yang dikuasakan oleh sistem cip (SoC) Qualcomm 8155 dengan resolusi 1920×720 dan dikemaskan lagi melalui upholsteri kulit berwarna hitam untuk tempat duduk.

Beralih kepada kuasa, Omoda E5 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pacuan roda depan, berupaya menghasilkan 201hp dan 340Nm.

Melalui pek bateri berkapasiti 61 kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 450km dan boleh dicas 20-80 peratus, mengambil masa sekitar 35 minit menggunakan pengecasan pantas DC 80kW.

Sehubungan itu, Chery Malaysia menjemput peminat automotif, orang dalam industri, dan orang ramai untuk merasai keterujaan pelancaran rasmi OMODA E5.

Untuk memastikan anda tidak terlepas untuk melihat lebih dekat kenderaan elektrik baharu ini, Chery Malaysia menggalakkan semua orang mendaftar minat mereka dalam OMODA E5.

Jadilah antara yang terawal alami masa depan mobiliti dengan mendaftar di sini: https://www.chery.my/coming-soon

GALERI:

Google ads
Back to top button