Artikel Pilihan

7 KERETA DIHASILKAN BILA SYARIKAT AUTOMOTIF BEKERJASAMA

Boleh ke Proton dan Perodua bekerjasama? Buat kereta jimat minyak, tahan lasak dengan pengendalian yang bagus? Secara teori boleh, tapi dari aspek politik macam-macam benda susah nak dikawal. Satu ketika dulu Perodua bertindak sebagai pembekal komponen cylinder head bagi enjin Campro. Bila bekerjasama, banyak benda bagus yang berjaya dicapai dan kelebihan itu sampai pada pengguna

Ok, kami tak nak sembang banyak pasal kerjasama ini sebab kami nak senaraikan beberapa kereta yang dihasilkan secara kerjasama antara 2 syarikat automotif besar dunia

1. Toyota Supra/BMWZ4 -mesti ada jemu dah kan bila nama Supra naik. Tapi antara sebab BMW sanggup berjumpa dengan Toyota dan mencadangkan projek kerjasama Supra/Z4 ialah BMW mahukan know how teknologi fuelcell hidrogen yang dimiliki oleh Toyota pada model Mirai. Sebagai balasan mereka akan bekerjsama dengan Toyota bagi menghidupkan semula jenama Supra

Situasi menang-menang ini membolehkan BMW membangunkan teknologi fuelcell hidrogen dengan pantas dan Toyota menghasilkan Supra dengan kos yang paling minima. Toyota hanya perlu memberikan talaan mereka pada Supra agar ia rasa sedikit Toyota.

2. Subaru BRZ/Toyota GT86 – sama seperti kes BMWZ4/Toyota Supra kerjasama Subaru dengan Toyota diperkukuhkan dengan pembelian saham Subaru sebanyak 20% oleh Toyota Motor Corporation. Antara kelebihan Subaru ialah mereka adalah pakar dalam sistem All Wheel Drive dan juga enjin boxer. Pada masa yang sama Subaru perlukan teknologi Hybrid Synergy Drive dari Toyota untuk model-model terbaru mereka

Kerjasama ini membolehkan nama Toyota GT86 dihasilkan semula bersama kembarnya iaitu Subaru BRZ dan model terbaru GT86/BRZ 2021 sudah memasuki generasi ke 2. Ini membolehkan Toyota menghasilkan semula GT86 dengan kos pembangunan yang minima.

3. Mercedes SLR McLaren – ia juga merupakan hasil kerjasama antara Mercedes dan McLarenF1. Ketika kerjasama ini dibuat, syarikat Mercedes memiliki 40% saham dalam McLaren. Mercedes mahukan sebuah kereta GT yang amat selesa dipandu, senyap, bonet yang besar dan dipadankan dengan enjin V8 supercaj yang menghasilkan 617 kuasa kuda dan 780Nm tork

Satu-satunya ciri yang menggambarkan ia sebuah supercar ialah rekaan pintu butterfly yang bergaya. Walaupun nampak seperti sebuah GT, SLR McLaren boleh memecut dari 0-100km/h dalam masa 3.3 saat dan halaju tertinggi 334km/j.

4. Lotus Carlton – ia merupakan kereta yang lahir dari kerjasama Vauxhall dengan Lotus. Bagi menghasilkan model yang sport, Vauxhall meminta Lotus menala model Carlton milik mereka. Lotus memilih untuk menggunakan enjin 3000cc V6 dari Vauxhall, besarkan saiz silinder kepada 3600cc dan 2 unit turbo ditambah bagi menghasilkan 388 kuasa kuda dan halaju maksima 284km/j

Transmisi kereta ini diambil dari Corvette ZR1, brek yang lebih besar, rekaan badan yang lebih lebar maka kereta ini boleh memecut lebih laju dari BMW M5 dan juga Porsche 928 GTS. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 5.2 saat sahaja menjadikan kereta ini kegemaran geng perompak bank sampai satu ketika pihak polis menghantar petisyen untuk haramkan terus kereta ini.

5. BMW M1 – satu-satunya supercar yang dihasilkan oleh BMW dengan konfigurasi MR dan antara sebab kereta ini dihasilkan ialah BMW perlukan sebuah kereta untuk berlumba di litar secara sah dan dihasilkan dari awal. Bagi memenuhi syarat homologasi, 400 unit kereta ini perlu dibuat dan dijual. Bagi mempercepatkan proses, BMW bekerjasama dengan Lamborghini.

Enjin akan dibekalkan oleh BMW manakala Lambo bertindak menghasilkan cesi, prototaip dan pemasangan. Malangnya setahun selepas projek ini berjalan, Lamborghini bankrap dan usaha ini diteruskan oleh beberapa bekas pekerja Lambo

6. Audi RS2 – Sebelum menjadi rakan sekutu di bawah jenama Volkswagen, Porsche dan Audi pernah bekerjasama dalam satu projek yang diberi nama Audi RS2. Untuk memberi saingan kepada BMW, Audi telah meminta Porsche untuk menghasilkan model yang lebih berkuasa daripada biasa. Disebabkan Porsche ketika itu mengalami masalah kewangan, mereka menerima pelawaan Audi

Audi memasang turbo yang lebih besar pada model wagon Audi, menggunakan sistem intercooler yang lebih baik, sistem suntikan prestasi tinggi dan aci engkol yang baru pada enjin 5 silinder Audi. Enjin ini menghasilkan 315 kuasa kuda bagi memberi pecutan 0-100km/j dalam masa 4.8 saat. Malah Porsche turut mengenakan perkataan Porsche pada penutup enjin, suspensi talaan Porcshe, brek, roda aloi, dan cermin sisi. Dari sinilah legasi Audi RS dilahirkan.

2019 Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio

7. Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio – ok walaupun ia masih sebuah Alfa Romeo kalau tengok pada geran tapi dari segi teknikal ia adalah jelmaan sebuah Ferrari 4 pintu dan 4 tempat duduk. Enjin V6 turbo berkembar yang menghasilkan 500 kuasa kuda ini dibangunkan oleh Ferrari, sama seperti V8 Turbo yang digunakan pada model California

Sistem cesi dan suspensi dibangunkan juga oleh Ferrari. 85% komponen aluminium yang digunakan dihasilkan dari fondri Ferrari di Marinello. Model ini juga menggunakan sistem aerodinamik aktif yang dibangunkan oleh Ferrari. Pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 3.6 saat (lebih laju dari BMW M3), halaju maksima 303km/j dan ia mencatatkan masa terpantas di Nurburgring dalam masa 7 min 32 saat, 16 saat lebih laju dari BMW M2

Google ads
Back to top button