Artikel Pilihan

PENUTUP HUD DEPAN CORVETTE C8 2020 TERBUKA SEWAKTU MEMANDU – BALA (VIDEO)

Ini merupakan satu alasan recall yang paling tidak munasabah dan memalukan. Bayangkan sewaktu anda memandu dengan kelajuan tidak sampai 100 km/j dan tiba-tiba penutup hud hadapan terbuka sendiri. Lebih memalukan jika ia sebuah model sport terbaru seperti Chevrolet Corvette C8 ini.

Laporan Road & Track bagaimanapun menyebutkan yang ia adalah kesalahan pemandu yang gagal menutup hud dengan sempurna.

Kegagalan menutup hud dengan sempurna menurut GM, mungkin akan menyebabkan ianya terbuka dengan sendiri bila kelajuan semakin meningkat. Yang pemandu pun satu hal, takkanlah tak rasa apa-apa bila memandu dengan hud yang tidak ditutup rapat.

Walaupun Chevrolet menyatakan yang ianya merupakan kesilapan pemandu tetapi mereka tetap akan menaik taraf Body Control Module yang akan menghadkan kelajuan kepada 42 km/j jika penutup hud tidak ditutup sepenuhnya. Bukan itu sahaja, penunjuk akan dipaparkan menyatakan kelajuan telah dihadkan kerana keadaan hud yang tidak ditutup rapat.

Punyalah teruk pemandu zaman Tiktok ni. Sampaikan benda macam ni pun kena ada mesej pemberitahuan. Bukan itu sahaja, butang pada alat kawalan jauh juga turut dinaiktaraf supaya tak ada yang tersalah tekan sampai terbuka penutup hud secara tidak sengaja.

Setakat ini National Highway Traffic Safety Administration telah menerima laporan 8 kejadian yang sama berlaku dan sesetengahnya berjaya dirakam dengan kamera. Cikai sangat ke lock yang digunakan untuk penutup hud Corvette ni?

Google ads
Back to top button