Buletin

MEREMPIT DENGAN C8 CORVETTE UJIAN, DUA ORANG JURUTERA GM DIPENJARA

Dua orang jurutera General Motors (GM) dikenakan hukuman penjara selepas didapati bersalah memandu model ujian Chevrolet C8 Corvette secara berbahaya di atas jalan raya awam.

Mereka ditangkap oleh pasukan polis negeri Kentucky ketika memandu kereta yang masih belum dijual itu pada kelajuan sekurang-kurangnya 114km/j di kawasan dengan had 72km/j. Memetik laporan Automobile, Alexander Thim dan Mark Derkatz juga didakwa berlumba di antara satu sama lain.

Di Kentucky, kesalahan melanggar had kelajuan 42km/j melebihi had yang ditetapkan boleh didakwa di mahkamah dan lesen digantung. 

Menurut maklumat profail LinkIn, Thim ialah seorang jurutera analisa dan Derkatz pula jurutera elektrikal. Buat masa sekarang, status pekerjaan mereka masih belum diketahui. 

Kereta yang digunakan untuk berlumba itu kemudian diambil semula oleh pengurus mereka keesokan harinya. 

“Kami tahu tentang insiden melibatkan kenderaan ujian dan kami sedang membuat siasatan terperinci. Kami di General Motor tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan. Kami tidak ada sebarang kenyataan tambahan,” kata GM. 

Tags
Google ads
Back to top button