Buletin

QANTAS RUGI RM7 BILION AKIBAT PANDEMIK COVID-19

Syarikat penerbangan berpangkalan di Sydney, Qantas umum kerugian mencecah sehingga AS$1.7 bilion (RM7.13 bilion) berikutan pandemik Covid-19.

Qantas menjangkakan penerbangan ke negara-negara dengan kadar vaksinasi tinggi termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Singapura akan bermula pada pertengahan Disember tahun ini.

Bagi penerbangan ke negara-negara dengan kadar vaksinasi lebih rendah termasuk Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan akan bermula selewat-lewatnya pada April tahun depan.

Ramalan Qantas untuk menyambung semula perjalanan antarabangsa adalah berdasarkan kepada perjanjian yang dicapai oleh kerajaan, iaitu negara yang bersetuju membuka semula pintu sempadan selepas program vaksinasi mencapai sasaran 80 peratus.

Untuk rekod, Australia melaksanakan sekatan di pintu sempadan paling ketat di dunia sejak Mac 2020. – AWANI

Google ads
Back to top button