Buletin

GM DEFENSE TANDATANGAN MOU BANGUNKAN KENDERAAN TENTERA UAE

Syarikat subsidiari General Motors, GM Defense LLC telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan entiti kerajaan UAE, Tawazun Council untuk membangunkan mobiliti termaju bagi kegunaan tentera dan tetamu kerajaan.

Kerjasama ini merupakan yang pertama buat GM Defense di Timur Tengah, dan mereka berazam untuk mengembangkan lagi perkhidmatan mereka di rantau tersebut.

MoU itu bakal merangkumi penyelidikan dan pembangunan bersama, produksi dan pemasangan serantau, serta sokongan pasca-produksi yang memfokuskan kepada kenderaan, aspek kuasa dan tujahan, serta autonomi dan keterhubungan.

GM Defense berazam untuk menggunakan kepakaran syarikat induk di dalam teknologi elektrik bateri untuk membawakan inovasi kepada aspek pertahanan global dan tetamu kerajaan.

Tawazun Council yang turut memiliki pengalaman di dalam operasi, produksi dan keupayaan pembangunan di dalam industri pertahanan akan menyokong kemasukan GM Defense untuk pasaran Timur bagi menawarkan teknologi bertaraf dunia kepada pihak tentera.

Di Amerika Syarikat, GM Defense turut diberikan tugas oleh Defense Innovation Unit (DIU) Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat untuk membangunkan platform Ultium bagi kegunaan kenderaan tentera.

Google ads
Back to top button