Buletin

TESLA AKUI BAMPAR BELAKANG MODEL 3 BOLEH TERCABUT KETIKA HUJAN LEBAT. MASAK KALAU MASUK MALAYSIA

Tesla mengakui bahawa kecacatan pada reka bentuk Model 3 boleh menyebabkan bamparĀ  belakang jatuh ketika memandu dalam cuaca hujan lebat.

Terdapat laporan daripada pemilik Model 3 memaklumkan bampar belakang kenderaan berkenaan terjatuh ketika hujan pada pertengahan tahun 2018.

Pada waktu itu, Tesla memberitahu perkara berkenaan sedang di siasat manakala lebih banyak bampar Tesla 3 tertanggal dan dikongsi oleh pemilik di online.

Berikutan itu,  pengeluar kenderaan mengakui terdapat kecacatan pada reka bentuk bagi model dibangunkan sebelum Mei 21 tahun 2019.

ā€œDalam keadaan yang jarang berlaku, komponen tertentu kenderaan Model 3 yang dibina di kilang Fremont sebelum 21 Mei 2019 kemungkinan rosak ketika memandu melalui air di jalan atau lebuh raya.

 ā€œFasia bahagian belakang mungkin tertanggal daripada kenderaan dan harness dan/atau kancing badan/mount kemungkinan rosak. Dokumen ini  menjelaskan bahawa kerosakan yang disebabkan semasa kejadian ini dilindungi dalam jaminan,ā€ kata buletin perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Tesla.

Begitupun, seorang pemilik Model 3 mendakwa di Reddit, dia berdepan masalah sama walaupun kenderaan dibangunkan pada tahun ini.

Dia mendakwa telah membelanjakan AS$3,800 (RM 15,765) untuk membaiki masalah tersebut.

Sebuah video dari bulan Julai, nampaknya membuatkan Tesla mengeluarkan buletin perkhidmatan tersebut.

Dalam kejadian itu, seorang pemilik Model 3 berwarna hitam sedang memandu dalam keadaan hujan sebelum bampar belakang tercabut. – carscoops

Google ads
Back to top button