
Buletin
CUBA REMBAT SUV PETARUNG HEAVYWEIGHT UFC. KAN DAH KO KENA TUMBUKAN PADU
Seorang pencuri kereta membuat kesilapan besar dalam hidupnya apabila cuba mencuri SUV milik petarung heavyweight UFC, Derrick Lewis.
Lewis, yang disebut-sebut sebagai lawan Francis Ngannou untuk gelaran heavyweight, menumbuk pencuri terbabit yang cuba memecah masuk kenderaannya.
Dia yang dikenali dengan tumbukan padu KO memastikan pencuri berkenaan tidak dapat melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Selepas terkena tumbukan tersebut, dia menghubungi polis Houston, untuk menahan pencuri itu.
Lewis memuat naik susulan kejadian itu di laman Instagram milik beliau.
Rakaman menunjukkan suspek dibawa masuk ke sebuah kereta peronda polis, sebelum mengalihkan kepada kerosakan pintu kereta Lewis dengan kesan calar atas cubaan mencuri. -dailymail
- BACA: PENCURI PULANGKAN MOTOSIKAL CURI BERSAMA NOTA MOHON MAAF
- BACA: SEWA LAMBORGHINI URUS, MATIKAN PERANTI PENGESAN, BAWA LARI. LICIK PENCURI NI!!!
- BACA: MERCEDES C-CLASS AMG KENA ‘BOGEL’. PENCURI SIAP AMBIL GULA-GULA LAGI!!!
- BACA: REMBAT MOTOSIKAL DELIVEROO. POLIS JEJAK SISTEM PENGESAN JUMPA PENCURI,SENJATA DAN DADAH!!!