Buletin

MERCEDES C-CLASS AMG KENA ‘BOGEL’. PENCURI SIAP AMBIL GULA-GULA LAGI!!!

Sepasang kekasih terkejut mendapati Mercedes C-Class AMG yang diletakkan di hadapan rumah dalam keadaam ‘bogel’ penangan pencuri di West Bromwich, West Midlands, England.

Menurut laporan Daily Mail, pencuri itu menanggalkan pintu, bonet, but, empat tayar dan tempat duduk kereta itu semasa pemilik kenderaan  sedang tidur di rumahnya.

Pencuri berkenaan turut mengambil gula-gula di bahagian konsol tengah kenderaan yang disimpan pemilik tersebut.

Ahli perniagaan, Paul Hampton, 56, dan pasangannya, Jacqui Heeley, 54, terjaga pada pukul 5 pagi, Khamis lalu selepas jirannya memberitahu supaya melihat kereta yang diletakkan di luar rumah.

Hampton terkejut melihat kereta bernilai 16,500 pound (RM88,421) dileraikan oleh pencuri tersebut.

 “Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat sekarang. Mereka tidak merosakkan sebarang panel tetapi hanya meleraikan sahaja komponen kereta.

“Penjenayah ini adalah profesional dan dilihat seperti bekerja secara berkumpulan dalam lima atau enam orang,” katanya.

Dia memberitahu, mereka tidak meninggalkan sebarang cap jari kerana memakai sarung tangan getah dan tidak mengambil masa terlalu lama kerana mereka bukan pencuri kereta amatur.

Dia berkata ada bercakap dengan beberapa kawan mekanik dan mereka percaya pencuri itu inginkan bampar dan lampu kerana sensor dalaman bernilai 1,000 pound (RM5,359).

Menurutnya, kereta itu merupakan Mercedes kelima dibelinya sejak 15 tahun lalu dan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku.- agensi

Google ads
Back to top button