Buletin

LORI TERBABAS, KHINZIR TERGOLEK DI LEBUH RAYA

Sebuah lori lapan tan yang membawa muatan khinzir terbabas di bahu jalan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pada Khamis.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa menerusi satu kenyataan melaporkan mangsa merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami cedera ringan dan selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu lagi, semua muatan khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba bertindak memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Kes diserahkan pada pihak polis sebelum anggota bertolak balik ke balai setelah tamat operasi,” katanya. – FB BBP Bukit Sentosa

Google ads
Back to top button