PORSCHE TAYCAN CROSS TURISMO JADI MANGSA SINDIKET JUAL ORGAN KERETA – SADIS BETUL
Bukan sesuatu yang pelik bila kecurian alat ganti kereta berlaku di kawasan pakir. Namun kejadian yang berlaku di Dusseldorf, Jerman ini mungkin yang paling sadis setakat ini. Pencuri didapati telah merobek keluar sepasang lampu hadapan Porsche Taycan Cross Turismo dengan cara yang sungguh sadis. Bayangkan mereka boleh mengoyakkan fender sisi hadapan untuk mengeluarkan lampu-lampu tersebut.
Bayangkan perasaan jika Porsche milik anda kelihatan sedemikian rupa sewaktu anda ingin ke pejabat. Mesti nak menitik air mata membawakan nilai kerugian yang mencecah puluhan ribu Ringgit Malaysia.
Kejadian dikatakan berlaku pada waktu malam semasa Taycan terbabit dipakir di sisi jaa raya. Dalam usaha untuk mendapatkan komponen idaman mereka, jalan paling mudah menjadi pilihan mereka iaitu mengoyakkan bahagian badan dengan menggunakan peralatan tajam.
Foto yang dikongsi Reddit telah menarik perhatian ramai peminat Porsche yang nyata terkejut dengan kecurian ini. Cara ini bukan kebiasaan pencuri yang berpengalaman yang jelas sekali tidak kemas dan menghasilkan bunyi yang bising. Nak buka panel sisi tapi tak reti kot.
Lebih mengejutkan lagi pencuri jahanam tersebut tidak mengambil komponen-komponen lain yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Rim pun diorang tak sentuh.
Bukannya sesuatu yang pelik untuk unit lampu matrix LED di curi kerana nilainya yang cukup tinggi dan dikatakan mencecah USD 4390 satu unit.