Buletin

CUCIAN STEAM WAX H#PRO MOTORSPORT

H#Pro Motorsport Sdn. Bhd. merupakan peneraju dalam teknologi cucian dan penyelenggaraan kenderaan yang mesra mesra alam.  

HPro-motorsport-mekanika (4)

Teknologi cucian ini menggunakan kombinasi wap dan penggilap (steam wax) dan pertamanya seumpamanya diperkenalkan di Malaysia.

Di H#PRO Motorsport, agen pembersih yang digunakan juga berasaskan bio-degradable yang mesra alam. Teknologi cucian steam wax ini mampu mengurangkan 90 peratus penggunaan air berbanding cucian konvensional.

HPro-motorsport-mekanika (5)

Cucian steam wax, hanya dua liter air sahaja diperlukan untuk mencuci sebuah kereta. Teknologi itu berkesan menanggalkan kotoran serta sisa minyak yang melekat pada badan kereta atau motosikal, malah mengilatkan permukaan yang dicuci.

Ia juga dapat membasmi 99.9 peratus kuman kerana wap yang terbentuk mampu mencapai suhu sehingga 100 darjah celcius. Cucian steam wax mampu memelihara cat kereta atau motosikal kerana penggunaan syampu secara kerap akan menghakis dan memudarkan cat kenderaan  tanpa kita sedari.

HPro-motorsport-mekanika (1)

Selain dari kebersihan dan kecantikan kenderaan, satu lagi keutamaan yang sering diabaikan adalah kebersihan topi keledar.

Topi keledar perlu dijaga bersih kerana keadaan cuaca negara yang panas menyebabkan peluh meresap ke dalam fabrik di dalam topi keledar yang membiak kuman serta bau.

HPro-motorsport-mekanika (6)

Kini, buat julung kalinya di Malaysia, H#Pro Motorsport dengan sistem cucian steam wash dapat membersih serta nyah kuman topi keledar yang berbau serta kotor. Justeru, pengguna tidak perlu lagi membazirkan duit  untuk membeli topi keledar baharu.

H#Pro Motorsport juga menyediakan khidmat cucian steam wash untuk penjagaan barangan kulit seperti jaket, sarung tangan mahupun kasut kulit sukan pemotoran.

HPro-motorsport-mekanika (8)

Uniknya pusat cucian steam wash H#Pro Motorsport ia dilengkapi café serba lengkap yang berfungsi sebagai ruang menunggu untuk keselesaan pelanggan.

“H#Pro Motorsport akan membuka peluang perniagaan kepada para usahawan terutama usahawan Bumiputera yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan pencucian steam wax dan steam wash melalui konsep Mobile Kiosk ini,” kata Pengarah HPro Motorsport, Norhizam Yunus.

HPro-motorsport-mekanika (9)

Mobile Kiosk yang akan diperkenalkan tidak lama lagi itu membantu pengguna kerana ia lebih mudah, murah dan praktikal.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  konsep Mobile Kiosk ini boleh menghubungi H#Pro Motorsport di talian 03-41312166 atau layari laman web: www.hpromotorsport.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button