Motosikal

DUCATI 899 PANIGALE – RM93,888

Peminat motosikal tempatan menyaksikan Ducati 899 Penigale buat pertama kali pada acara MotoGP 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang lalu. 

DCIM105GOPRO

Jentera itu dilancarkan oleh para penunggang pasukan Ducati Corse dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin. Pada waktu itu, Ducati ada mengumumkan bahawa ia akan memulakan produksi 899 Panigale di ASEAN dalam pertengahan tahun 2014.

Langkah itu dibuat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga yang lebih berpatutan. Memandangkan 899 mendapat sambutan memberangsangkan, Ducati Yakin bahawa jualannya akan terus meningkat.

Ducati-899-Panigale-mekanika (5)

Apa yang lebih menarik, jentera itu kini ditawarkan pada harga RM93,888 seunit! Tawaran harga RM89,888 juga diberikan kepada 50 orang pembeli terawal.

 Ducati-899-Panigale-mekanika (4)

Ducati Malaysia Malaysia akan terus menganjurkan aktiviti-aktiviti gaya hidup untuk memastikan para pelanggan menikmati pengalaman pemilikan Ducati yang terbaik. Aktiviti itu merangkumi konvoi, track day, perlumbaan serta penjelajahan di dalam dan luar negara.

Ducati-899-Panigale-mekanika (3)

“Kami juga ingin mengumumkan bahawa menjelang akhir tahun ini, beberapa buah pusat 3S Ducati akan dibuka Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” kata Faisal.

Ducati-899-Panigale-mekanika (11)

899 Panigale dibina untuk memberikan penunggang pengalaman menunggang street bike pada setiap hari dengan prestasi premium. Jentera tersebut dibangunkan di atas konsep chasis monokok. Ia dijana oleh enjin 899 ‘Superquadro’ L-Twin berkuasa 148hp yang menawarkan keseimbangan sempurna di antara aspek dinamik dan kelincahannya.

Ducati-899-Panigale-mekanika (19)

Keyakinan penunggang juga ditingkatkan menerusi aplikasi Mode Tunggangan Ducati. Selain rangkaian teknologi keselamatan seperti sistem brek ABS, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Electronic Suspension (DES), Ducati Quick-Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC) dan Ride-by-Wire (RbW).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button