Peranti

ACER ICONIA TAB 7

Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan peranti Acer Iconia Tab 7 yang tampil premium. 

Acer-Iconia-Tab-7-mekanika (3)

Tablet itu dilengkapi fungsi sebuah telefon bimbit dan ketersambungan 3G. Acer Iconia Tab 7 hadir bersama paparan bersaiz tujuh inci beresolusi 1024 x 600 dengan sudut tontonan 140 darjah.

Hanya seberat 305g dan senipis 0.89cm, peranti itu cukup mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia juga boleh dipegang menggunakan sebelah tangan untuk  menjawab panggilan telefon.

Acer-Iconia-Tab-7-mekanika (5)

Dengan kelajuan memuat turun sehingga 21Mbps, urusan melayari internet dan berhubung menerusi laman sosial boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana jua.

Acer Iconia Tab 7 dikuasakan oleh pemproses quad-core yang membolehkan pengguna melayari internet dengan lancar. Storan 16GB ROM sedia ada pula boleh ditingkatkan menerusi slot kad MicroSD.

Acer-Iconia-Tab-7-mekanika (10)

Kamera belakang 2MP dan kamera HD di bahagian belakang pasti mampu memenuhi keperluan fotografi anda. Peranti ini menggunakan Android 4.2.2 (boleh dinaik taraf kepada Android 4.4 Kit Kat). Dengan ciri Acer Quick Mode, pengguna boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada satu-satu masa.

Lebih menarik lagi, Acer Iconia Tab 7 ditawarkan pada harga hanya RM499 seunit menerusi laman web storekini.com. Ia hadir bersama power bank berkapasiti 2,300mAh dan pelindung skrin secara percuma.

Acer-Iconia-Tab-7-mekanika (12)

Gajet itu juga boleh didapati di outlet-outlet tesci yang terpilih. Ia menawarkan bekas (casing), pelindung skrin dan kredit Tune Talk berjumlah RM30 secara percuma kepada pelanggan, sehingga stok masih ada.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button