
JAECOO J5 EV ‘TAKEOVER’ JALAN RAYA, KONVOI GERILA TIGA MINGGU
OMODA | JAECOO Malaysia membawa SUV elektrik JAECOO J5 EV lebih dekat kepada orang ramai menerusi kempen JAECOO J5 EV Takeover, sebuah jelajah konvoi gerila selama tiga minggu bermula 24 November hingga 13 Disember 2026.
Kempen itu bakal menyaksikan barisan JAECOO J5 EV dengan penampilan khas menjelajah dari Lembah Klang ke Perak sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah utara, termasuk Pulau Pinang.
Selain memperkenalkan model berkenaan di jalan raya, kempen itu turut memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat, meneroka ciri-cirinya dan merasai pengalaman memandu SUV elektrik berkenaan.
Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, pihaknya mahu memperkenalkan JAECOO J5 EV melalui pendekatan berbeza dengan membawa kenderaan itu terus kepada masyarakat.
Menurutnya, kempen berkenaan bukan sekadar bertujuan menarik perhatian, malah memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman berada di belakang stereng JAECOO J5 EV.

Konvoi utama membabitkan empat unit JAECOO J5 EV dengan penjenamaan khas, termasuk sebuah kenderaan utama yang dilengkapi replika palam pengecasan arus terus (DC) bersaiz besar di atas bumbung.
Konvoi itu dijangka membuat kemunculan di beberapa bandar dan pekan utama sepanjang laluan jelajah bagi mencetuskan keterujaan serta meningkatkan kesedaran terhadap mobiliti elektrik.
Orang ramai juga boleh menyertai peraduan Snap & Win dengan mengambil gambar konvoi berkenaan ketika ditemui. Peserta berpeluang menerima loket eksklusif JAECOO, selagi stok masih ada.
Pada penghujung kempen, 10 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM50 setiap seorang.
Bagi memeriahkan lagi jelajah, aktiviti pop-up hujung minggu turut diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, merangkumi pengalaman gaya hidup, aktiviti interaktif, sesi Coffee Rave serta cabaran dengan ganjaran menarik.
Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menjalani pandu uji JAECOO J5 EV, sekali gus memberi gambaran lebih dekat mengenai pengalaman penggunaan SUV elektrik itu.
Mereka yang berminat beralih kepada kenderaan elektrik juga boleh mengambil peluang menerusi kempen GO ELECTRIC & WIN yang sedang berlangsung.
Pelanggan yang layak dan mendaftarkan JAECOO J5 EV baharu berpeluang memenangi iPhone Duo. Selain itu, pembelian dalam tempoh terhad turut disertakan kemudahan pengecasan tanpa had selama setahun menerusi JomCharge, tertakluk kepada terma dan syarat.
Jelajah JAECOO J5 EV Takeover dibahagikan kepada tiga peringkat, bermula di Kuala Lumpur dan Selangor dari 24 hingga 29 November, diikuti Perak dari 1 hingga 6 Disember, sebelum menuju ke wilayah utara dan Pulau Pinang dari 8 hingga 13 Disember.
Aktiviti pop-up pertama berlangsung di The Campus, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 November, diikuti HUGH’S Ipoh pada 5 dan 6 Disember serta Hin Bus Depot, Pulau Pinang pada 12 dan 13 Disember.
Lokasi dan butiran aktiviti tertakluk kepada perubahan. Sebarang perkembangan akan diumumkan menerusi saluran media sosial rasmi OMODA | JAECOO Malaysia.






