DARWINPRO JADIKAN HURACAN EVO LEBIH GANAS – SUDAH TENTU DENGAN KOS YANG TINGGI
Jangan ingat pemilik Lamborghini tak berminat dengan modifikasi. Kalau tak takkan la wujud firma seperti Mansory yang hasilkan bodykit khas untuk Lamborghini. Memang mereka dianggap nombor satu dalam segmen ini tapi nampaknya kini mereka berdepan dengan cabaran dari Darwinpro yang turut hasilkan bodykit yang serba ganas untuk Lamborghini Huracan Evo.
Kit terbaru mereka untuk Huracan Evo dikenali sebagai BKSSII dan ia memang kelihatan cukup liar. Bahagian hadapan menunjukkan bumper rekaan khas dengan ruang kemasuakn udara baharu dan splitter yang lebih menonjol. Penutup hud depan asal Huracan digantikan dengan unit baharu dengan ruang keluaran udara yang lebih besar menyamai rekaan penutup hud Huracan STO.
Tak cukup lagi? Macam mana dengan penutup arca roda baharu yang penuh kejutan. Memang wow habis la. Ia kemudian digabungkan dengan skirting sisi yang aerodinamik lengkap dengan kekisi pada bahagian fender.
Keseluruhan naik taraf depan dan sisi kemudian mengalir ke belakang yang lebih hebat. Boleh dikatakan 60 peratus naik taraf ekstrim berada di bahagian belakang. Tengoklah bahagian-bahagian yang dihasilkan dari serat karbon. Memang nampak techno habis.
Kalau korang rasa spoiler STO dah besar gedabak, tengok pula spoiler baharu Darwinpro ni. Next level la kata budakbudak sekarang. Dah la besar, ada pulak sirip-sirip yang menonjol kat bahagian atas.
Kos untuk naiktaraf bodykit macam ni semestinya tidak murah. Ia bermula pada USD30,368 (RM130,635) sehinggalah pakej paling mahal USD60,133 (RM258,677). Fuh, pakej bodykit pun dah nak sama dengan sebuah GR Yaris. Hanya faiter MLM je boleh beli kot?