Buletin

LAMBO HURACAN EVO JADI KERETA PENGIRING DI LAPANGAN TERBANG BOLOGNA

Lamborghini memperbaharui kerjasama dengan Lapangan Terbang Bologna Guglielmo Marconi di Itali dengan penyerahan Huracan Evo sebagai jentera pengiring sehingga 7 Januari 2022.

Jentera pengiring dikenali sebagai Follow Me itu akan mengiringi pesawat komersial ketika mendarat dan berlepas di laluan lapangan terbang termasuk ke zon parkir.

Huracan Evo Follow Me mendapat sentuhan kreatif Lamborghini Centro Site dengan warna oren (Arancione Matt)dan hijau (Verde Turbine Matt) dipadankan tulisan Follow Me in Our Beautiful Country.

Selain itu, ia dilengkapi sistem komunikasi radio yang mampu berhubung dengan menara kawalan dan lampu petunjuk peringatan.

Jentera Follow Me itu mendapat khidmat enjin 5.2 liter V10 NA menghasilkan kuasa 640hp dan tork 600Nm. 

Enjin berkenaan dipadankan transmisi 7-kelajuan dual klac dan sistem pacuan semua roda.

Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat dan kelajuan maksimum mencecah 352 km/j. – carscoops

Google ads
Back to top button