PEMANDU LAMBORGHINI HURACAN TUNJUKKAN KEMAHIRAN LANGGAR DINDING – AUCHH
Mengendalikan pecutan kereta berkuasa tinggi ni tak sama dengan bawa kereta biasa tuan-tuan. Kalau berjaya buat dengan cantik okey tapi kalau gagal memang tercalar ego. Kalau kereta pinjam memang rasa nak masuk kubur hidup-hidup la. Dah la depan orang ramai.
Itulah nasib yang menimpa seorang pemandu Lamborghini Huracan Evo di Poland yang terpaksa menelan segala yang boleh ditelan akibat aksinya sendiri. Tujuannya mudah je, nak menunjuk-nunjuk. Lagi best ramai pulak yang tengah rakam guna kamera telefon. Adoi.
Sebaik Huracan Evo mula bergerak, masalah bermula sebaik ia membelok kiri. Dari awal lagi dah nampak pemandu ni hilang kawalan. Cubaan untuk membetulkan kembali kedudukan kereta berakhir dengan lebih buruk membuatkan ianya berpusing dan menghentam dinding penahan di tengah jalan.
Nampak mungkin tak cukup serius tapi bergegar jugak otak kalau ada kat dalam tu. Tayar belakang pun senget terus akibat terlanggar tebing jalan. Kebocoran bendalir juga dapat dilihat selepas kemalangan.
Laporan berita di sana menyatakan kemungkinan pemandu berada di bawah pengarah alkohol dan dikenakan saman sebanyak 200 Polish Zloty bersamaan dengan USD48 (RM220) sahaja. Eh murah benar saman kat sana?
Tapi walaupun dikenakan saman yang murah kerosakan dan aib yang ditanggung oleh pemandu tersebut boleh tahan weh. Laman web Reddit menyatakan yang kereta tersebut disewa tapi tak tahulah siapa pemilik sebenar.
Lain kali berpada-padalah kalau nak menunjuk pun. Biasa Ford Mustang terbabas macam ni kan? Kali ni Lambo pun tak nak kalah.