Artikel PilihanBuletin

HURACAN EVO KENA HENTAM DENGAN HAILAK AKIBAT GOPOH – JANGAN LUPA GUNAKAN OTAK SEWAKTU MEMANDU

Satu kemalangan antara sebuah Lamborghini Huracan Evo RWD dan Toyota Hilux kini tular di Thailand. Jika dilihat dalam rakaman video jelas menunjukkan ianya adalah kesilapan pemandu Huracan itu sendiri. Jangan asyik nak kecam Hailak okey. Patah pinggan terus Huracan tu kena hentam di bahagian tengah.

Insiden ini berlaku pada 24 November lepas berhampiran dengan lapangan terbang Sukhotai. Sekumpulan pemandu Lamborghini dilihat berarak di lebuh raya pada waktu malam antarnya termasuklah Urus, Gallardo, Huracan dan Aventador. Alza vtectec pun dapat jemputan tapi kami sibuk sikit dengan urusan pemilihan PM10 sehari dua ni.

Jelas kelihatan betapa gopohnya pemandu Huracan tersebut yang memotong Urus kuning sebelum cuba membelok menyeberangi lebuh raya. Memang malang kerana beliau tidak sempat melihat sebuah Hailak yang meluncur laju dari sebelah kiri. Kereta rendah memang susah nak tengok jauh oo.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk. Hailak remuk di bahagian hadapan manakala Huracan tu pula bengkok terus di bahagian tengah. Syukur jugalah tiada kecederaan serius yang berlaku.

Mujur ramai pejalan kaki berdekatan membuat rakaman perarakan Lamborghini tersebut jadi terdapat rakaman dari pelbagai sudut berlegar di dalam talian.

Memang sayur la pemandu Huracan tu. Beliau sepatutnya berhenti seperi Urus kuning tu dan lihat dulu trafik dari arah lawan. Lesen beli ke ni? Ke founder pes tomyam segera sewa untuk buat content?

Laporan media tempatan menyatakan pemilik Huracan tersebut sanggup membayar semua kos kerosakan dan memang patut pun berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Kalau kat sini memang malang bertimpa la mangsa macam pemandu Hailak tu. Selalu sangat kena konon buat tuntutan pihak ketiga tapi hujung-hujung NCD kita juga hangus. Sabar je lah.

Korang tengok sendiri video-video kat bawah ni. Best jugak tengok berita eksiden kat TV Siam ni. Kecepuk keceper pon pon pon.

Google ads
Back to top button