Buletin

SAMAN SEBAB PLAT FANCY. BUKAN EKZOS BISING MACAM VIRAL DI SOCMED

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dikenakan saman berikutan kesalahan nombor plat fancy ketika operasi JSPT Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ia bukan seperti digembar-gemburkan di dalam media sosial bahawa saman dikaitkan dengan kesalahan ekzos bising.

Jelas sekali ada pihak tidak bertanggungjawab membuat andaian sendiri terhadap gambar berkenaan sehingga disalah tafsir kerana motosikal jenis Harley Davidson disaman berikutan menggunakan plat fancy.

Menurut kenyataan JSPT, operasi bertujuan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada terhadap semua pengguna kenderaan, termasuk kesalahan mengubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising melebihi had dibenarkan.

“Susulan operasi itu, JSPT mengesan satu gambar tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley-Davidson.

“Gambar itu jelas disalah tafsir kerana tindakan saman ke atas penunggang adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan bukan kesalahan ekzos bising,”kata kenyataan itu lagi.

Kenderaan menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang. -FB JSPT

Google ads
Back to top button