Buletin

MORAND DARI SWITZERLAND BAKAL LANCAR HYPERCAR PADA 2023. HARGA RM10.2 JUTA,73 UNIT SAHAJA!

Sebuah syarikat dari Switzerland dikenali sebagai Morand Cars (Morand) bercadang melancarkan model hypercar inovatif baharu dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid dan elektrik penuh (EV) menjelang 2023.

Begitupun, seperti kenderaan baharu diumumkan, EV terbabit masih belum memiliki nama dan wujud dalam dunia alam maya sahaja.

Syarikat berkenaan berharap dapat membangunkan prototaip hibrid dan dijangka akan siap pada penghujung tahun ini.

Bagi jentera prototaip elektrik pula, ia sepatutnya mampu disiapkan pada tahun depan.

Kedua-duanya jentera baharau itu mampu mencapai kelajuan sekitar 400kmj.

Hypercar hibrid bakal dijual pada harga £1,786,000 (RM10.2 juta) manakala versi EV dianggarkan memiliki tag harga lebih kurang seperti hibrid.

Ia hanya akan dibangunkan sebanyak 73 unit sahaja.

Monokok kereta itu akan dibangunkan berasaskan material gentian karbon manakala badan diperbuat dari sejenis bahan berasaskan flaks iaitu Amplitex.

Jentera hibrid akan mendapat khidmat enjin 5.2 liter V10 aspirasi natural (NA) yang mampu menjana kuasa 690 hp dan tork 542 Nm.

Satu generator motor elektrik akan dipasang antara enjin dan transmisi 7-kelajuan yang mendapat kuasa daripada Xtrac.

Selain itu, terdapat tambahan dua motor lain pada roda depan dan menghasilkan kuasa 440 hp.

Secara keseluruhan, jumlah output kuasa ialah kira-kira 1,100 hp. 

Bagi varian EV pula, ia menggunakan empat motor bermagnet kekal menerusi satu sistem transmisdan menghasilkan kuasa terkumpul hampir 1,950 hp. 

Satu pek bateri 70kWh akan menghasilkan 1400kW.- carscoops

Google ads
Back to top button