Motosikal

EMPAT PUSAT PAMERAN  X-WEDGE BAKAL DIBUKA DI MALAYSIA

Baru-baru ini kami telah pun ke Chongqing, China bagi menyaksikan beberapa tawaran terbaru yang bakal diperkenalkan MForce Bike Holdings untuk pasaran tempatan. 

Antara jenama baharu yang mencuri tumpuan adalah X-Wedge yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. X-Wedge merupakan jenama premium yang menawarkan motosikal gaya cruiser Amerika termasuk jenis trike. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad, X-Wedge bakal memeriahkan pasaran motosikal tempatan dengan pembukaan empat pusat pameran perdana yang bertempat di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah. 

Lawatan kami ke Chongqing juga membolehkan kami untuk melihat pusat pameran disana dan kami diberitahu bahawa keempat-empat pusat pameran 4S akan datang itu akan turut menawarkan konsep premium yang sama. 

Pusat pameran 4S yang bakal dibuka nanti itu akan menempatkan ruang pameran, jualan servis dan alat ganti selain daripada aksesori dan barangan rasmi X-Wedge. 

GALERI: PUSAT PAMERAN X-WEDGE CHONGQING

Google ads
Back to top button